Tuesday, March 8, 2011

RG09... Bertukar pandangan di sambutan 3 tahun PR Kedah

Bertukar pandangan di sambutan 3 tahun PR Kedah
Khairul Izwan   

ALOR SETAR, 3 Mac: Kerajaan Negeri Kedah memberi ruang kepada rakyat negeri ini untuk mengemukakan pendapat dan pandangan kepada kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat melalui Majlis Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata dalam laman web Kedahsejahtera, tujuan program ini diadakan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang 3 tahun memerintah negeri Kedah.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah akan menganjurkan majlis sambutan 3 tahun memperkasakan 'Kedah Sejahtera' sempena ulang tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah.

Majlis sambutan tersebut akan diadakan pada 10 hingga 14 Mac bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Kedah ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan penaja utama di samping tajaan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Bina Darulaman Berhad (BDB).

Pelbagai acara telah di aturkan sempena sambutan ini untuk rakyat Negeri Kedah dalam usaha
memperkasakan Kedah Sejahtera.

Majlis akan turut di ceriakan dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga akan memberi pidato kemasyarakatan dalam majlis sambutan
tersebut.

Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis antaranya Pak Long (selagi ada rindu) dan Amar.

Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan laman web untuk memudahkan rujukan di
www.kedahsejahtera.com atau di www.facebook.com/sambutan3kedahsejahtera .

 

"Melalui program ini, kita dapati banyak impak yang kita akan perolehi daripada rakyat, di mana rakyat akan mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang perkembangan dan pembangunan negeri.

"Masyarakat akan menampilkan hak-hak mereka sebagai rakyat, apa yang mereka berhak dapat dan sekaligus akan mencelikkan hak mereka yang selama ini mungkin dipadamkan atau tidak dinyatakan, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat, kita zahirkan, bagi peluang, komen dan kritikan yang membina untuk kesejahteraan rakyat.

"Kemudian hasil maklumat-maklumat yang kita dapat, kita bertindak merancang dan melaksanakan program mengikut kehendak rakyat dan keperluan dari semasa ke semasa untuk menambah lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang mereka pilih," ujar Abdul Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Sambutan ini bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara pimpinan kerajaan dan pentadbir kerajaan negeri bersama masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat.

"Program yang diatur bersesuaian kepada semua kaum dan pelbagai golongan masyarakat diharap memupuk perasaan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum serta pimpinan kerajaan negeri," ujar beliau dalam laman web Kedahsejahtera.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment