Thursday, March 24, 2011

RG09... BOS panggil...cepat gerak !

 

Kisah seorang ustaz yang memerhatikan dua orang pekerja kedai seorang lelaki dan perempuan yang duduk berbual-bual menunggu kehadiran para pembeli.

 

Tiba-tiba kedengaran suara keras yang memanggil mereka berdua untuk mengarahkan mereka sesuatu. Maka kedua-duanya pun bergegas ke arah majikan mereka, padahal mereka baru berehat sebentar untuk menjamu selera. Alangkah cekapnya mereka melaksanakan arahan dan perintah majikan mereka.

 

Maka tibalah waktu rehat dan azanpun berkumandang dari surau yang berhampiran dengan kedai tersebut. Ustaz itupun berlalu pergi untuk melaksanakan solat zuhur berjamaah walaupun pada masa yang sama beliau masih dapat melihat dua orang pekerja tadi yang beragama islam masih duduk mendengar lagu dan tidak terkesan sedikitpun dengan laungan ALLAHU AKBAR seolah-olah tiada apa-apa.

 

Bila selesai solat, ustaz itupun pergi mendekati dua orang pekerja tadi. Setelah memberi ucapan salam dan memperkenalkan diri, dengan penuh kesopanan, ustaz bertanya 'Kenapa masa majikan  panggil tadi adik berdua sangat bersemangat dan rajin sekali walaupun masa tu baru nak sarapan?"  Jawapan mereka, ' Yang panggil tu adalah bos, kalau kita tak patuh nanti kena berenti keja pulak. Mana nak cari makan?"

 

Ustaz meneruskan perbualan, " Tapi masa azan adik berdua buat-buat tak dengar pun. Kan Allah yang panggil tu. Allah yang bagi kenikmatan kat adik hidup di dunia dan bagi rezeki kat adik berdua".  Kedua-duanya diam. Ustaz meneruskan   "Kalaulah makhluk yang memanggil kita,kita sanggup bergegas untuk datang, takkanlah maha pencipta makhluk yang memanggil kita, kita buat-buat tak tau. Tak adil la namanya". Pada masa itu juga wajah kedua-dua pekerja tadi tertunduk keinsafan

JADIKANLAH PEKERJAAN KITA INI SEBAGAI  SELINGAN YANG BERMANFAAT UNTUK MENUNGGU MASUKNYA WAKTU SOLAT.


--




Re-Entry "Ticket to the Moon" is the first space tourism music video in the world!
Samuel Coniglio, Vice President, Space Tourism Society, US.

Achievement
Represents STS-MC to 4th IAASS Conference, Huntsville, US.
Awarded as world 1st music video for space tourism by Space Tourism Society, US. 
Participate in MISTI (Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor) with STS-MC
"Ticket to the Moon" as an opening video for MISTI ceremony.
  
Incoming Event
Space Tourism 2011, Profiting from the Emerging Space Experience Economy.
April 27, 28 and 29, 2011 in West Los Angeles
Representing Malaysia in the presentation of Re Entry Animated.
 
Re Entry consultant and contents provider : Prof Dr. Patrick Collins


Supported by:

Recognized as world 1st animated movie concept for space tourism by:
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment