Friday, March 25, 2011

RG09... Fw: Pembedahan Caesarean

 



 
 
----- Original Message -----
 
Subject: Pembedahan Caesarean
 
 



 

Masih ada wanita yang lebih senang dengan melakukan pembedahan

caeserean bagi memudahkan melahirkan anak. Kelahiran secara

caeserean secara elektif sudah menjadi popular walaupun bukan

merupakan pilihan yang terbaik. Tapi sebelum melakukan pembedahan ini

seharusnya berbincang dengan doctor untuk mengimbangi antara

kebaikan dan komplikasi pembedahan ini.

 

Seorang rakan wanita anak yang pertama melakukan pembedahan

caeserean, walaupun peringkat awal ia juga dapat merasakan bagaimana

kesakitan, namun kerana fakta usia dan akhirnya bersetuju

melakukannya. Namun satu kajian terbaru menunjukan kadar kematian di

sebabkan pembedahan secara caesereans menunjukan kadar kematian

adalah tiga kali daripada wanita yang melahirkan anak secara biasa. Ini

meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency. Ini

bukan kerana yang berpenyakit sedia ada tetapi tapi kebanyakan

jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh

nesthesia. Walaupun di Malaysia adalah rendah tapi adalah

membimbangkan.

 

Berkongsi pengalaman seorang rakan yang sama untuk melahirkan anak

Yang kedua kebetulan due date tidak jauh dengan tarikh anak pertama,

jadi beliau telah buat appointment dengan doctor agar melakukan

pembedahan pada tarikh yang sama dengan anak yang pertama. Akan

tetapi sebelum tarikh tiba beliau telah ada tanda-tanda untuk

melahirkan namun tiada kesakitan yang dirasakan. Sehari dimasukan ke

hospital yang mana menurut pemeriksaan doctor yang mana bayi didapati

telah pun membuang nijis di dalam. Pembedahan dilakukan dengan segera

untuk mengelak jangkitan kuman.

 

Apa yang dapat kita perhatikan adakah kelahiran caserean secara

elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran

biasa vaginal delivery?. Peningkatan secara begini semakin meningkat

berikutan penumbuhan banyak pusat perubatan swasta. Ini juga bukan

berarti melakukan pembedahan ini adalah bukan sekadar untuk

menyelamatkan ibu dan anak, tetapi kerana kebimbangan ibu tidak

dapat menahan sakit ketika melahirkan juga bimbang akan mendapat

masalah pelvic yang rumit dikemudian hari. Seperti pelvic organ rolapse.

Malah ada juga yang membuat pilihan kerana mahu tarikh kelahiran anak

yang cantik dan pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.

 

Terdapat banyak kesan hasil dari pembedahan ini. Bagi wanita yang

bercadang untuk melakukan pembedahan caserean secara elektif

haruslah mengetahui risiko prosedur dan juga risiko pada bayi setelah

dilahirkan nanti. Risikonya adalah tinggi berbanding dengan kelahiran

bayi secara biasa. Tapi dalam kes-kes kehamilan yang bermasalah

pembedahan ini munkin dapat menyelamatkan bayi. Jadi berhati-hatilah

walaupun di-Malaysia kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang

rendah.

 

p/s Ada juga yang melakukan kelahiran secara ini kerana untuk mendapatkan

tarikh lahir yang sama dengan kelahirannya sendiri kebetulan tak jauh bezanya.

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment