Thursday, March 10, 2011

RG09... INFO : Khasiat manggis

 

Khasiat manggis

manggis... manggis... manggis...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hitam-hitam si tampuk manggis,
Sungguhpun hitam, ku pandang rasanya manis...

Salah satu buah kegemaran saya ialah buah manggis. Saya pasti, ramai juga yang sukakan buah manggis. Kebiasaannya, pokok manggis berbuah di musim buah durian. Kata orang, kalau banyak makan buah durian, bolehlah makan buah manggis banyak-banyak kerana buah ini menyejukkan badan. Alangkah manisnya saat menjolok buah manggis hampir masak yang berwarna ungu dan memakannya di bawah pokok. Jika terkena isi buah manggis yang 'mengkar', sedapnya tidak terperi.

Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan berkongsi info tentang buah manggis yang juga dipanggil 'ratu' buah-buahan.

Selama berkurun, masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara memakan buah manggis disebabkan rasanya yang sedap dan kerana mempercayai bahawa buah ini mampu merangsang kesihatan tubuh. Ðikenali juga dengan nama botaninya garcinia mangostana adalah dari keluargaclusiaceae, buah manggis telah digunakan untuk tujuan ubatan seawal 600 tahun Masihi.

Ðipercayai bahawa manggis berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku (Moluccas) di Indonesia. Pokok manggis boleh mencapai ketinggian dari 7 hingga 25 m tinggi (20~80 kaki). Putik manggis berwarna hijau pucat atau putih, semasa dua hingga tiga bulan pembesaran, buah manggis akan berwarna hijau yang lebih pekat. Ðalam tempoh ini, buah manggis akan membesar dari 6-8 cm diameter, kulitnya sangat keras (baling ke dinding pun tidak pecah!) sehinggalah ia benar-benar matang.

Kandungan kimia yang terdapat di permukaan bawah kulit buah manggis terdiri daripada polifenol termasuk xantones dan tannins yang menekalkan rasa 'kekelatan' yang menghalang serangan serangga, fungus, virus tumbuhan, kateria dan ancaman haiwan semasa buah masih belum matang. Kulit buah manggis berwarna ungu dan akan menjadi warna ungu kemerahan apabila masak yang mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk matang sepenuhnya.

Hanya isi buah manggis sahaja yang boleh dimakan, ia sama bentuknya seperti limau, berdiameter 4-6 cm, mempunyai 4-8 ulas dan berwarna putih. Ulas yang paling besar mengandungi biji benih yang rasanya 'kelat' jika tergigit. Biji benihnya tidak boleh dimakan kecuali jika dipanggang. Bagaimana anda boleh menerka bilangan isi (ulas) manggis tanpa membuka buahnya? Senang saja, anda boleh melihat tampuk hitam yang terletak di bawah buahnya. Kebiasaannya, bilangan tampuk mewakili ulas isinya. Tidak percaya? Anda cuba kira sendiri.

Rasa isinya yang lembut dapat digambarkan sebagai manis-manis masam dan tajam dengan rasa dan tekstur mirip seperti buah peach. Manggis memang sedap dimakan pada bila-bila masa, paling sedap ketika menghadapi 'morning sickness'. Salah satu keunikan manggis ialah, walaupun dari mana datangnya buah manggis itu, rasa isinya tetap sama, berlainan sekali dengan buah durian, rasa isinya banyak dipengaruhi oleh jenis dan di mana ia ditanam. Maknanya, tidak kiralah sama ada ia manggis negeri Perak atau Johor atau Pahang atau Siam sekalipun, rasa isinya tetap sama.

nyamm.. nyamm..

Bantu cegah pertumbuhan sel kanser

Terdapat banyak khasiat dan kebaikan manggis terhadao kesihatan tubuh. Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E. ini sekaligus menguatkan sistem imun tubuh. Ðari hasil satu penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah manggis dikatakan dapat menghasilkan xanthone iaitu zat yang terbentuk dari hasil penyisihan kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti anti-inflamasi dan anti-oksidan.

Terdapat kira-kira 6% hingga 10% xanthone daripada kira-kira 20 jenis yang berbeza. Xanthone ini terdapat dalam bahagian berbeza pada keseluruhan manggis, tidak kiralah sama ada dalam isinya, pada bijinya ataupun kulitnya. Antara 10% xanthone, kira-kira 95% xanthones dijumpai dalam bahagian kulit dan biji buah manggis.

Alpha-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthone dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi lain.

Xanthone jenis ini juga dikatakan mampu menghindarkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis dan Alzheimer serta bermanafaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kangungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen antioksida semulajadi dan juga bahan anti bakteria dan anti kulat. Selain itu, buah manggis juga mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

Isi buah manggis selamat dimakan kerana ia tidak mengandungi sebarang pengawet mahupun gula yang telah ditambah. Hakikatnya, gula yang terdapat di dalam minuman jus manggis adalah jenis fukrosa iaitu gula semulajadi yang diperoleh dalam buah. Terdapat juga kandungan kalium (potassium) iaitu kira-kira 210 miligram per 100 gram.


Bantu stabil sistem pencernaan

Pengambilan kira-kira 30 ml jus manggis setiap hari dikatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem pencernaan anda lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang lebih baik. Jus manggis memberi tenaga pada sistem peredaran dan dikatakan mampu membantu menghapuskan kolesterol jahat pada tubuh dengan kandungan asid amono perlu.

manggis muda di pokok

Selain isi buah manggis yang banyak khasiat, bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan ubatan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dn mengandungi astringen.

Masyarakat Cina mengunakan kulit pokok manggis bagi mengubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direbus dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis, gonorea dan gleet (discaj mucus bernanah daripada penis atau vagina akibat daripada gonorea kronik). Manakala kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik.

Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disentri (jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus). Ramuan serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat sapu masalah kulit seperti ekzema.

Daun dan kulit pokok manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah jangkitan seriawan, cirit-birit, disentri dan masalah urinari. Air rebusan akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai 'amibiasine' pula dikatakan mampu dijadikan ubat bagi rawatan ameba disentri.

Menurut sumber Imam Khalid di Soleh.Net yang sempat Laman-Seri terjah, kulit manggis boleh dijemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masukkan sebuk kulit manggis ke dalam kapsul, pastikan kapsul halal, ya.... Ambil satu kapsul sebiji, setiap hari. Di USA, harga sebotol jus kulit manggis adalah RM900.00+. Sementara manggis ada depan mata, mengapa kita buang sahaja?

Jangan abaikan khasiat manggis

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)… shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) – helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant(Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic – has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

Penyakit GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ini.

Caranya : 

1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isinya enak dimakan
4. Kalau sebelum ini kulit kita buang sahaja, tetapi kali ini jangan dibuang! Ambil kulitnya, hiris seperti asam keping dan jemur hingga kering
5. Apabila hendak guna, ambil air panas dan 2-3 hirisan kulit manggis dan direndam. Sedia diminum apabila air menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Menurut satu artikel di Majalah Kesihatan, ekstrak kulit manggis dijual pada harga USD240.00 di USA, lebih kurang MYR750!!!

Walaupun terdapat pelbagai khasiat manggis, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : MW#1357, soleh.net dan purple mangosteen.

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment