Wednesday, March 16, 2011

답장: RG09... rakyat menang saman polis yg slh guna kuasa

 

tu bekas polis. macam mana dakwaan bekas KPN??


보낸 사람: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
보낸 시간: 2011년 3월 15일 (화), 11:57:49 PM
제목: Re: RG09... rakyat menang saman polis yg slh guna kuasa

Hahahaaaa.. gitulah nasib pak polisi.. asyik jadi kambing hitam jer.. apa nak risau RM200k tu bukan duit diorang, duit rakyat juga yang bayar.. macam kes pembunuh altantuya juga.. dua-dua pun kambing hitam
perancangan dan pemberi arahan masih bebas...  dengar-dengar kedua-duanya  dihukum gantung... sudahkah mereka dihukum gantung? kalau sudah siapa yang boleh beri bukti yang digantung memang mereka berdua? Kenapa tak keluar TV macam Saddam Hussien... satu dunia nampak dia kena gantung.


From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 15 March 2011 22:50:50
Subject: RG09... rakyat menang saman polis yg slh guna kuasa

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

p/s: kpd pihak polis...usahlah terlalu mengikut telunjuk ahli politik,terutamanya org krjn hingga salah guna kuasa...kalau dah kena mcm ni...sindri kena tanggung jgk kan...
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.



 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment