Salam, Jemputlah ziarah 'fan' page saya: http://www.facebook.com/pages/DrOY/156852454370054#!/pages/DrOY/156852454370054 Salah satu link di sana ialah kisah Pay it Forward..seperti di bawah: Omar Yaakob ===================== Pay it Forward!by Omar Yaakob on Wednesday, March 2, 2011 at 12:20am "Arman, boleh tolong mama belikan roti?", Puan Ida mengimbau anak kesayangannya yang sedang bermain guli dengan sepupunya Harith. "Kejap mama!", sahut Arman. "Harith, jom temankan kita", ajak Arman."Jom!" sahut Harith sambil mengumpulkan guli-gulinya ke dalam balang. Memang sesuatu yang menyeronokkan berbasikal ke Pasar Mini Pak Lang yang terletak di hujung kampung. Maklumlah kedua-duanya baru darjah satu dan baru saja pandai menunggang basikal.
Dalam perjalanan pulang dari Pasar Mini Pak Lang, basikal Arman tiba-tiba pancit. Terpaksalah dia menolak basikalnya. Harith juga turun berjalan sama. Sedang mereka menuntun basikal di gigi jalan, tiba-tiba sebuah lori kecil yang datang dari belakang memperlahankan kelajuannya dan berhenti di hadapan mereka. "Arman, Harith.. kenapa ni?", ujar pemandu sambil turun dari lorinya. "Oh.. Pak Da", ujar Harith, " ini basikal Arman, tayarnya pancit.". "Ohhh..kalau begitu, kita letakkan basikal ke atas lori dan nanti Pak Da hantar ke rumah", ujar Pak Da. "Terima kasih Pak Da", serentak dan spontan terpacul dari mulut mereka berdua. Mereka pun memang teringin untuk merasa naik lori.
Setibanya di rumah Puan Ida. Pak Da menurunkan basikal-basikal. Ketika memanjat turun dari lori, mereka mengucapkan terima kasih lagi. "Terima kasih Pak Da", ujar Arman, "Pak Da nanti kejap saya nak minta duit pada emak nak bayar tambang". " Eh eh.. tak payah bayar-bayar, dekat aja, Pak Da pun memang nak lalu dekat sini", kata Pak Da. "Tapi Pak Da...", sepupu Arman mencelah. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Pak Da memotong "Tak apa, kalau Harith dan Arman nak bayar juga, boleh, tapi jangan bayar pada Pak Da.., tapi Pay it Forward".
"Hah? Apa dia Pay it Forward tu Pak Da?", tanya Arman ingin tahu.
"Begini, bila orang buat baik pada kita, kalau kita tak perlu atau tak sempat bayar balik, kita bayar ke depan, pay it forward, kita pass kan jasa orang kepada kita ke depan, kita pula tolong orang lain", jelas Pak Da.
"Ooooo! faham la kami, maksudnya orang tolong kita, kita tolong orang lain pula, orang berjasa kepada kita, kta pula berjasa pada orang lain.. gitu?", Harith cuba menerangkan kefahamannya.
Pak Da mengangguk-anggukkan kepalanya, "Ya, betul tu Harith, kalau semua orang buat macam tu, tak ke aman dunia ni?".
"Ye lah Pak Da, tentu ramai orang akan buat baik, tolong orang dan semua orang akan senang kan? kan?", ujar Arman. ===================================== |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment