Monday, March 14, 2011

RG09... Takut Rahsia DiKetahui Suami

SAYA berasal dari Terengganu dan berkahwin dua bulan lalu. Dahulunya, saya seorang yang gemar bersosial hinggakan ibu serta ayah angkat saya tidak pernah ambil tahu mengenai kehidupan saya.

Saya pernah berkenalan dengan seorang pemuda dari Kelantan melalui kawan saya yang belajar di sana. Kami pernah bertemu tiga atau empat kali, tapi pada satu hari dia menginap di hotel dan meminta saya membawakan makanan kerana dia nak merasa masakan saya.
Selepas sampai di pintu hotel, saya seolah-olah dipukau dan tidak tahu apa yang berlaku dan apabila tersedar saya dapati saya tidak lagi berpakaian.

Saya diperkosa oleh lelaki yang saya percaya sepenuh hati. Selepas apa yang berlaku, dia berjanji akan menjadikan saya isterinya tapi apabila pulang ke tempat asalnya, dia mula berubah dan lupa kepada saya.



Dua atau tiga bulan kemudian, dia minta putus dengan alasan mahu sambung belajar, selain bertukar nombor telefon dan berpindah ke tempat lain.



Saya rasa benci dan memusuhi semua lelaki dan berikrar tidak akan bercinta lagi. Saya berkenalan dengan lelaki hanya untuk kepuasan nafsu dan meninggalkan mereka apabila rasa jemu dan puas.

Namun apabila saya berkenalan dengan lelaki yang kini suami saya, saya dapati dia jujur serta beriman. Saya hanya beritahu pernah diperkosa dan tidak pernah menceritakan kisah sebenar selanjutnya.

Dia menerima saya sebagai isterinya dan saya insaf dengan perbuatan dulu dan berjanji tidak akan mengulanginya. Namun saya takut rahsia saya terbongkar jika terserempak dengan lelaki yang pernah saya tiduri dulu.

ISTERI BERSALAH
Terengganu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment