Tuesday, March 8, 2011

RG2011... ~❤Dari Kerana Mata❤~

 


Percintaan antara Adam dan Hawa merupakan satu fitrah yang mana memerlukan
antara satu sama lain. Masih ujudkan cinta yang tulus dan ikhlas?. Cinta kerana
rupa paras akan luntur, pada harta akan berkurangan, juga kerana budi bukan
ikhlas namanya hanya keterpaksaan. Cinta kerana Allah akan kekal hinggalah ke-
akhir hayat dan bersambung ke akhirat.

Cinta yang hadhir berlaku seperti panahan petir, tanpa diduga. Cinta bermula dari
panahan mata (pandangan) kemudian turun ke hati. Mata dan hati mempunyai
ikatan yang kuat. Apabila pandangan mata tidak dijaga akan menjerumuskan hati
pada pelbagai elemen. Seperti lirik lagu " Dari kerana mata yang mempunyai kuasa".
Berapa ramai yang menanggung derita atau kehancuran kerana hanya bermulakan
dari kerlingan mata. Zina mata sesuatu yang sukar dikawal, bencana pada diri sendiri
barasal dari mata. Mata yang sering memandang, lalu memberi senyuman, bertegur
sapa dan akhirnya membuahkan keinginan untuk membuat pertemuan. 

Pada pertemuan melahirkan satu perasaan yang melintasi pada fikiran lantas akan
melahirkan nafsu syahwat, yang mana akan terdorong dan terlahirlah perasaan bagi
memenuhi kehendak hati yang jahat. Dan tidak mustahil terjadinya perlakuan yang
terlarang, sehingga sanggup mempertaruhkan maruah diri. Ingatlah bersabar menjaga
mata lebih mudah daripada menanggung derita sesudahnya, malah akan menjadi
satu sejarah hitam dalam hidup. Mata adalah tempat syaitan memancing, pada
pandangan mata adalah indah bagi yang mudah membuka ruang pada syaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Tiga pasang mata yang tidak akan menyentuh api neraka, iaitu mata yang menutup
dari apa yang diharamkan oleh Allah, dan mata yang terjaga di jalan Allah, dan mata
yang menangis kerena takutkan Allah."
(HR Imam Hakim & Imam Bahaqy)


 (thx PM & Pendekar atas sumbangan lirik dan lagu)
Dari kerana mata r azmi
 
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
 
Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa
 
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
 
Setiap waktu ku cinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujam rayu seorang
Lepaskan aku dari impian
 
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
 
 

--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment