Sunday, March 27, 2011

RG2011... ~~~Jangan Menzalimi Diri Sendiri~~~

 


Betapa wanita itu adalah penghias dunia, tanpa wanita siapalah
lelaki itu, tercipta dari rusuk lelaki. Betapa istimewanya seorang
wanita dimata lelaki. Betapa berharganya cuma bukan semua 
wanita yang tahu, dan yang paling teristimewa adalah wanita
yang cantik akhlaknya (wanita solehah).

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dihiasi dunia ini (pada pandangan manusia) dengan kecintaan
kepada perempuan...."
(Ali-Imran:14)

Wahai wanita jadilah mawar yang harum dan indah berpagarkan
duri, dan duri mawar itu adalah batasan auratmu dan akhlak. 
Dalam situasi dunia tanpa sempadan ada masanya wanita ada-
lah lebih berani dari kaum lelaki. Jagalah harga diri dan maruah,
ketahuilah bukan semua lelaki yang mendekati itu adalah jujur
dalam persahabatan. 

Jangan juga menyalahkan kaum lelaki seandainya dipermainkan
seperti permainan dan mencampakan ke lubang kehinaan. Salah
satu sebab  wanita yang sering dipermaiankan lelaki adalah kerana
wanita itu yang pada mulanya membuka ruang dan memberi
laluan agar lelaki itu terdorong mengambil kesempatan yang ada
di hadapan mata mereka. Apabila terjadi sesuatu yang tidak di-
ingini pastinya meletakkan 100% pada lelaki. Tapi pada hakikat-
nya wanita itu yang secara tidak sedar membenarkan maruah
dirinya dirogol dan diperlekehkan. 

Pingan yang retak akhirnya akan pecah berkecai, begitulah
sekiranya maruah telah tercemar bagai luka walaupun sembuh
namun parut masih ada. Jangan terlalu ghairah untuk mencari
teman sama ada di alamaya atau realiti, bukan semua teman
yang kita dapat adalah bersifat jujur. Ingatlah ketaqwaan adalah
kuasa yang terbaik dalam menangani apa jua. Usah menzalimi
diri sendiri dengan melakukan perkara yang terlarang, carilah
redha Allah selagi diberi peluang oleh Allah di bumi ini. Jaga
tingkah laku dan hargai diri disamping berdoa memohon pada
Allah sentiasa memberi perlindungan dari kejahatan syaitan dan
manusia. 

Kata-kata adalah milik wanita, kesungguhan milik lelaki dan 
kekuatan wanita terletak pada lidahnya. Sebahagian wanita
lebih suka kelihatan cantik dan menarik kerana sebahagian
besar lelaki lebih pandai melihat daripada berfikir. Wanita
yang tidak berakhlak menjadikan wanita itu tidak terkawal.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab  dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaian luaran.


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪


28v830l

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment