Sunday, March 6, 2011

RG2011... ~❤Santapan Jiwa❤~

 


Gambar hiasan

Putihkan jiwaku bagai kapas
secerah mentari... 
sebersih embun pagi...
selembut tiupan bayu...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Surah Al-Baqarah; ayat 286)

Aku sayang hidup ini. Ini tak bermakna aku sayang pada dunia yang sementara ini. Bukan itu maksudku. Kerana setiap apa yang berlaku adalah terbaik buat aku. Pahit mana rasanya, manis mana rasanya, tetap semua adalah dari Allah. Penciptaku Yang Maha Satu. Yang hanya tahu yang terbaik buat hambaNya. Aku ingin menjadi hamba yang hidupnya dibatasi oleh iman, Islam dan akhlak yang mulia. Hidup yang aku sayang adalah hidup yang Allah kurniakan kini kepadaku sebagai landasan untuk aku melatih diri dan mempersiapkannya ke arah yang lebih abadi. Yakni akhirat di sana kelak.

Aku menangis, menangis kerana diuji. Bukan kecewa, tapi membawa aku berfikir serta bersyukur bahawa Allah pasti ada disisiku setiap saat. Allah itu lebih dekat dari urat nadiku ini. Aku masih muhasabah diri. Sentiasa mengharap padaNya. Dan sentiasa mengharap rahmatNya jatuh pada ribaan. 

Aku bagai memerlukan sepasang sayap untuk terus terbang, dan kira hanya ada satu sayap manakan aku boleh meneruskan perjalanan bagi mencari keredhaanMu, juga keikhlasan yang perlu aku tanam dalam jiwa. Pada setiap persinggahan aku kumpulkan segala kekuatan jiwa berbekalkan keimanan agar tiada terhirup duniawi yang memberi murkaMu. Bila aku terleka pasti Engkau menjauh, pada saat itulah nasfu jahatku akan mengambil kesempatan membisikan yang terlarang. Tuhanku jadikanlah aku seorang hambaMu yang mengikut perintahMu dan jauhi larangan. Semuga jangan Engkau  timpakan ke atasku apa yang aku tidak sanggup hadapi.

Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment