Saturday, March 26, 2011

RG2011... ~~~Selagi Mereka Masih Ada~~~

 

Gambar hiasan

Entry kali ini merupakan ibu bapa jambatan ke syurga.
Antara insan yang istimewa dalam hidup kita adalah ibu bapa, yang terlalu
banyak berjasa, jasa mereka tidak dapat dinilaikan dengan material.
Jadi anak-anak berkewajipan menyediakan diri untuk memberi kebahagiaan
kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa merupakan jambatan anak-anak untuk
ke syurga. Sebanyak atau sekuat mana pun ibadat kita jika tidak menghormati
dan berbuat baik kepada mereka Allah tidak akan redha pada kita. Sekiranya
masih mempunyai ibu bapa selalulah ziarahi mereka, jaga kebajikan mereka
sehingga akhir hayat. 

Ingatlah semasa kita kecil ibu akan membelai dan tidak jemu-jemu memeluk
dan mencium kita, tapi bila kita telah besar dan dewasa susah sangat ke nak
cium ibu, menunjukkan rasa kasih sayang walau bagaimana pun keadaan ibu
kita, ada kalangan anak-anak yang menolak antara satu sama lain kerana
tidak mahu menjaga ibu bapa, yang kononnya terlalu sebok dengan duniawi.
ada juga yang merasa jijik untuk membersihkan ibu bapa. Ingatlah semasa
kita kecil siapa yang membersihkan najis. Semasa ibu sedang mahu menyuap-
kan makanan ke mulut apabila mendapati anak membuang air besar, tanpa
membuang masa ibu akan mencucikan. Tapi bila dah dewasa ada penghidupan
sendiri bila ibu rindu meminta anaknya pulang ke kampung banyak alasan
yang diberikan. 

Biasanya apabila ibu bapa telah meninggal baru ada kekesalan, apabila mereka
dikapankan barulah sebok menangis mahu mencium juga masa itulah baru
mahu menunjukkan kasih sayang. Tapi semuanya telah terlambat untuk ini
semua. Jestru itu gunakan peluang yang ada sekarang untuk menunjukkan
kasih sayang pada ibu bapa. Yaaa...bagi anda yang masih ada ibu bapa jangan
lepas atau lari dari tanggung jawap, terutama anak lelaki bertanggung jawap
terhadap ibu bapa sehingga akhir hayat mereka.

p/s Yang terlebih afdal jenazah itu diuruskan oleh warisnya sendiri. Ini adalah
bertujuan menjaga keaiban dan memberi penghormatan terakhir pada jenazah itu.
Akhir sekali harap maaf kiranya ada sebarang kesilapan dalam penyampaian
saya ini.


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
" Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah 
bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." 
Riwayat al-Hakim
Huraian : 
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada 
dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab 
selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti 
dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling 
banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa 
ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan 
mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan 
sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi 
tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, 
menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, 
menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan 
puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran 
dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri 
mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak 
mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan 
kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah 
mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan 
perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam 
menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

--


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪


28v830l

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment