Thursday, June 16, 2011

RG2011... Fw: Gugur Akidah Jika Mempermainkan Hukum Allah.

 

 

Gugur Akidah Jika Mempermainkan Hukum Allah.. Isu Kartun UTUSAN macamana..???

Daulatkan syariat Islam


SEPANJANG
minggu ini telah disifatkan GMUKM sebagai minggu yang menghina agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyedari perkara yang pada awalnya bermotifkan kepentingan politik kini telah mengheret syariat Islam sedikit demi sedikit. Klimaksnya, tanpa sebarang motif yang jelas, tiba-tiba Utusan Malaysia didapati telah menyiarkan sebuah kartun yang jelas menghina syariat berkenaan saksi perbicaraan dalam Islam.

Jelas sekali mesej yang cuba disampaikan akhbar tersebut bahawa betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat-syarat untuk membawa empat orang saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.
Lakaran kartun yang disiarkan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.

Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM

" Ini jelas menghina Islam! Tindakan penulis ini adalah sama, malah lebih teruk daripada lakaran (pelukis Denmark) menghina Rasulullah SAW pada tahun 2006 dahulu," ulas Koordinator GMUKM, saudara Fariq Fitri ketika ditemui.

" Kita melihat percubaan mengaitkan kes mahkamah dengan syariat Islam ini adalah sangat-sangat memalukan dan menghina Islam seluruhnya, kerana kejahilan pelukis kartun ini telah memesong dan merosakkan objektif sebenar syariat membawa 4(orang) saksi yang diperintah di dalam Al-Quran.

" Kita kesal dan memohon pihak Kementerian (Dalam Negeri) menyiasat perkara ini kerana akhbar tersebut sudah dua kali mencetus provokasi yang jelas sangat-sangat menggugat negara," tambah saudara Fariq yang merujuk kepada insiden tajuk muka hadapan Utusan bulan lalu berkenaan 'Kristian Agama Persekutuan ?' yang juga telah diberi amaran oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

GUGUR AKIDAH

Bagi saudara Wan Ahmad Fahmi, MPM GMUKM bagi kerusi tahun umum 3/4 yang juga merupakan Pengerusi Biro Kerohanian & Pembangunan Insan PMUKM menyifatkan lakaran kartun yang dibuat ini sengaja dilakukan atas kepentingan politik biarpun tahu ia merupakan syariat di dalam Al-Quran.

" Kita lihat di dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud 'Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.'

" Perkara ini telah lama dibahaskan oleh alim-ulama (yang telah memperincikan) bahawa ciri-ciri empat orang saksi tersebut. Antaranya, keempat-empat orang saksi adalah orang lelaki yang sempurna; tidak cacat penglihatan, pekak, bisu. Juga tiada unsur pakatan atau paksaan di antara keempat-empat saksi tersebut. Perkara ini jelas untuk mengelakkan kesamaran, (yang mungkin membawa kepada) fitnah kepada si tuduh.

" Jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai 'qarinah' boleh diterima, namun memerlukan pengesahan orang yang ahli bidang tersebut. Aduan dibuat dengan adab secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam, kerana takut menimbulkan fitnah.

"Kita kesal dengan sikap pengamal media ini yang tidak menjaga etika dan moral mereka, (kerana) takut-takut perkara ini boleh membawa kepada gugurnya akidah sekiranya pelukis dan editor akhbar tersebut sedar akan syariat ini, tetapi masih hendak menyiarkan kartun tersebut," tambah Fahmi.

Merujuk pula kepada bilangan pemohon untuk keluar agama (murtad) seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dalam sidang Parlimen awal minggu ini, jumlah permohonan untuk murtad dari tahun 2000 hingga 2010 adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.Daripada itu, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

" Kita khuatir dengan perkembangan tersebut yang membimbangkan seluruh umat Islam khusus di Malaysia kini. Jumlah 135 orang (yang murtad) bukanlah suatu angka yang biasa. Dan selebihnya daripada 686 orang yang telah memohon untuk murtad juga, sekiranya tidak ditangani dengan baik, individu tersebut akan murtad di luar(prosedur menukar status agama) dengan cukup sekali lafaz sahaja," ulas saudara Fahmi.

" Perkara ini bukan main-main kerana di setiap negeri kecuali di negeri Kelantan, ada sahaja permohonan untuk murtad. Maka masalah ini adalah masalah seluruh negara. Kita sebagai mahasiswa, perlu cakna (dengan perkara ini). Jangan sampai kita dipertanggungjawabkan di Hari Kemudian, atas sebab kita tak 'nak ambil tahu dan ambil tindakan dengan perkara ini.

" Saya menyeru kepada persatuan dan kelab-kelab di UKM, selain daripada kita merancang untuk adakan program-program Bakti Siswa atau OPKIM yang berkonsep turun ke lapangan masyarakat, jangan kita lupa untuk turun juga mendekati ahli-ahli masyarakat yang bermasalah akidah seperti ini. Perbanyakkan jaringan dengan majlis dan persatuan-persatuan penduduk atau komuniti masyarakat untuk kita kesan golongan bermasalah seperti ini," tambah saudara Fahmi merujuk kepada individu yang telah memohon menukar agama.

"Kita selaku yang faham tentang Islam dan tahu serba-sedikit tentang sifat hormat-menghormati serta akhlak baik perlulah bertanggungjawab turun ke lapangan masyarakat. Kita sendiri yang perlu turun menyedarkan mereka dan sebar fahamkan apa yang kita faham tentang Islam serta perkara-perkara berkaitan. Kedua-dua isu yang terjadi minggu ini jelas memerlukan satu tindakan bersepadu. Cadangan ringkas daripad saya, daulatkan syariat Islam," ujar Fahmi mengakhiri temubual dengan Editor GMUKM.
 
Layari blog rasmi GMUKM di http://gm-ukm.blogspot.com
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 
Kartun Utusan - Pemuda PAS hantar Memorandum Esok.
 
KLpos
 
KUALA LUMPUR 16 Jun - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar memorandum di Pejabat Utusan Malaysia pada esok (Jumaat) sebagai bantahan terhadap kalikatur di dalam akhbar tersebut yang dikatakan menghina Agama Islam.
 
Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap kalikatur tersebut dianggap menghina Agama Islam setelah dilihat seolah-olah memerli hukum Allah dengan berkenaan kes Zina.
 
Antara kandungan Memorandum tersebut adalah mendesak pihak Utusan Malaysia memohon maaf atas keterlanjuran mereka menyiarkan karikatur tersebut dan mendesak agar pihak akhbar menarik semula penyiarannya.
 
Ini disahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Tantawi yang telah mengkhabarkan perkara tersebut melalui wartawan Portal Malaysiakini.
 
 
 
Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam
 
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
 
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.
 
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
 
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
 
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.
 
Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!"
 
Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.
"PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.
"Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.
 
"Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.
 
"PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.
 
"Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.
 
Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.
 
"Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.
"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.
 
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.
 
"Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.
 
"Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.
 
"Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.
 
Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.
 
"Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT," katanya.
 
Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.
 
Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.
 
"Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini," katanya.
 
 
 
 
Karikatur yang disiarkan Utusan disifatkan menghina hukum Islam dan Ulama'
 
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai "Denmark Malaysia" ekoran penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.
Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.
 
"Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam.
 
"Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut," kata Nik Aziz (gambar kiri) pada laman sosial Facebook beliau hari ini.
 
Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
 
Tindakan itu mendapat kecaman hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka.
Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
 
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
 
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment