Sunday, June 5, 2011

RG2011... ~~~Sifat Manusia~~~

 


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, 
nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai 
dua  lembah  nescaya  ia  mahu  yang ketiga.  Tidak akan 
memenuhi  perut  anak  Adam  melainkan  tanah dan Allah 
sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."
 
Riwayat Ahmad

Huraian
i) Manusia  secara  semulajadinya  bersifat  tamak  dan 
dengki terhadap kelebihan orang lain.

ii) Kedua-dua  sifat ini  membawa  kerugian  kerana  ia 
akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga 
hubungan  dalam  masyarakat  menjadi  rosak  akibat 
daripada  berlakunya  pergaduhan  dan persengketaan 
sesama sendiri. 

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa 
bersyukur 
kepada Allah kerana dengan bersyukur 
hati kita akan tenang 
dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak 
di tangan  Tuhan.  Kita  wajib  berusaha  sedangkan  yang 
menentukannya  adalah  Allah  S.W.T. Bahkan  Allah  telah 
berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah 
sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur). 

iv) Lawan  kepada  sikap  tamak  itu  adalah  bersikap  sederhana 
iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana 
dalam  menetapkan  sesuatu peraturan,  perbelanjaan  dan 
sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama 
dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

090416-greatday.gif picture by Bia_kiran_2009

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment