Sunday, June 5, 2011

RG2011... ~~~Tahap Mana Kesabaran Kita~~~

 


MENSIKAPI MARAH
Kita semua tahu tentang perasaan marah. Kita akan menjerit dan berteriak malah sanggup 
menampar dan menyakiti seseorang yang kebiasaannya kita sayang dan ambil berat. Namun 
kita tidak peduli dan ambil berat perasaan tersebut. Menurut kajian didapati setiap seorang 
daripada empat orang penduduk U.K adalah sebenarnya menghadapi risiko disebabkan oleh 
perasaan marah ini.

Kajian itu juga mendapati 1 daripada 10 orang hilang kawalan terhadap kemarahan sekurang-
kurangnya sekali sehari. Ramai daripada kita yang berpendapat bahawa dengan meluahkan 
perasaan marah itu keluar adalah salah satu jalan terbaik untuk mengatasi rasa marah yang 
melampau. Itu tak semestinya.

Kata seorang ahli psikologi dari North Carolina, U.S iaitu Profesor Redford Wiliams di Duke 
University. Pengkaji di Duke telah membuat kajian terhadap pelajar-pelajar di sana dari jurusan 
perubatan dan undang-undang. Hasilnya mereka mendapati pelajar- pelajar ini boleh dipecahkan
 kepada 2 golongan utama iaitu satu kumpulan yang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk 
hilang kawalan kesabaran sementara satu kumpulan lagi bersifat pasif.
Wiliam mendapati untuk satu tahap masa yang diperhatikan hanya seorang daripada 50 orang 
orang dari kumpulan PASIF itu meninggal dunia berbanding 1 dari 5 orang dari satu kumpulan 
yang lekas hilang kawalan kesabaran. Kata Wiliam,"Nampaknya marah itu suatu faktor besar 
yang merendahkan tahap kemampuan kita untuk melawan penyakit". 

Beliau juga menunjukkan bahawa pesakit jantung di hospital akan dapat keluar dari hospital lebih 
awal sekiranya mereka diajar untuk mengawal perasaan marah mereka. Dan hasil kajian daripada 
pengkaji U.K dan U.S beliau percaya bahawa kita sebenarnya meletakan diri kita dalam keadaan 
berisiko untuk mendapat penyakit semata-mata kerana perasaan marah yang tidak dikawal. 

Seorang ahli psikologi, Joe Griffin (Mindsfield College in Sussex) menerangkan bahawa marah itu 
suatu tindakan respon kecemasan "lawan atau lari" (fight or flight) yang berguna untuk tindakan kita 
keluar daripada sesuatu bahaya.
Namun ia boleh dicetuskan pada masa lain untuk sesutu tujuan yang merosakan dan membinasa. 
"Apabila kita marah,asid lemak dikeluarkan ke aliran darah dan darah kita dipam dengan lebih 
cepat. Apabila kita berada di meja kerja,aliran darah yang cepat itu menyebabkan tekanan darah 
kita meningkat dan akan sampai ke tahap kita akan menghadapi serangan jantung." Sebelum itu, 
kemarahan yang melampau juga boleh membawa kepada sakit kepala yang berulangan dan insomnia.

Menurut Joe Griffin, ini sebenarnya kerap kali boleh diatasi dengan cara kaedah terapi. Mereka 
perlu patuh kepada terapi yang dijalankan itu. Kita boleh mengajar mereka kemahiran perhubungan 
yang lebih baik dan kemahiran komunikasi untuk menolong mereka menyelesaikan segala selisih 
faham tanpa perlu marah!" Bagaimana untuk mengawal kemarahan? Jawapan Oleh Wiliams.

1. Kita perlu mengatasi rasa marah itu sebelum ia merebak lebih jauh yang akhirnya akan sukar 
dikawal. Memahami apa yang menyebabkan kita rasa marah itu adalah penting.Kerap kali kita 
kecewa dan marah terhadap perkara yang remeh walaupun tak sepatutnya kita kita letak perasaan 
marah itu terhadap perkara tersebut. 
2. Kemudian tanya diri kita sama ada perasaan marah itu berketepatan dengan perkara itu. Adakah 
setiap manusia normal seperti kita perlu berasa marah terhadap hal begitu?Kalau jawapannya adalah 
YA maka tanya diri anda apa yang anda boleh buat? Kita mungkin terperangkap dalam kereta api 
yang sedang meluncur laju. Namun apa lagi yang boleh kita buat? Adakah perlu kita terjun keluar 
dari kereta api tersebut? Oleh itu tidak perlulah kita berasa terlalu kecewa. 
3.Cuba anda jawab soalan terakhir ini. Adakah perlu sangat dan penting kita marah? Jika anda 
menjawab soalan itu dengan jujur dan YA maka anda perlu mengambil beberapa tindakan yang 
mengiyakan jawapan anda itu. Namun sekurang-kurangnya anda harus memutuskannya pada 
keadaan fikiran yang rasional.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

090416-greatday.gif picture by Bia_kiran_2009

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment