Monday, September 10, 2012

Re: RG2011... SELAMAT TINGGAL PAS

 

selamat tinggal PAS sebagai pembangkang..selamat datang sebagai kerajaan.


2012/9/10 Nas Isma <angahku_01@yahoo.com>
 

 

PROGRAM SELAMAT TINGGAL PAS !


PARLIMEN BACHOK: Program Selamat Tinggal Pas di kawasan parlimen Bachok kelmarin mencatat sejarah apabila 2,900 ahli dan beberapa pemimpin kanan Pas meninggalkan perjuangan parti itu dan beramai-ramai menyertai Umno.
Borang kemasukan diserahkan wakil mereka, diketuai bekas Ketua Peti Undi Pas Kampung Sungai, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peropok, Halim Omar, diikuti Ketua Peti Undi Pas Kampung Tepus (Jelawat), Mohd Noor Saamah, dan ahli Pas peti undi Kampung Cherang Laut (Tawang), Harun Yusof.
Ketua Umno bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Perdana, di sini. 
Dalam ucapannya, Harun, 35, berkata tindakan mereka menyertai Umno  kerana tidak yakin lagi dengan pemimpin Pas yang banyak berdolak dalih dan membohongi rakyat.
Pemimpin Pas banyak bersandiwara dan berselindung di sebalik agama bagi mengabui rakyat supaya menyokong perjuangan Islam Pas, kata beliau yang juga lulusan Usuluddin dan al-Quran dari Universiti Al-Azhar. 
Pas sebenarnya sebuah parti pembohong dan ulamanya memecah belahkan perpaduan umat Islam kerana pemimpin parti itu sendiri tidak memahami dengan mendalam agama, menyebabkan rakyat keliru.
Saya berharap rakan dalam Pas insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Umno yang jelas melaksanakan tuntutan Islam, katanya.
Halim, 52, yang juga bekas pegawai waran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Pas gagal melaksanakan janjinya dan tidak mempedulikan masalah rakyat di negeri ini.
Katanya, sikap pemimpin Pas sanggup mengambil tanah rakyat yang diterokai berpuluh tahun di Kampung Chica Bedil, Jeli, membuktikan parti itu menzalimi rakyat.
Sementara itu, Mohd Noor, 61, berkata, kebanyakan pemimpin Pas membawa fahaman agama yang salah apabila mendakwa Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
Katanya, pemimpin Pas bijak bercakap tetapi gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat apabila mereka berebut-rebut mengumpul kekayaan.
Beliau berkata, beliau dan pengikutnya keluar Pas bukan kerana kecewa, tetapi rasa insaf mengenai penyelewengan akidah pemimpin Pas dan berbohong kepada rakyat.
'Program Selamat Tinggal PAS' beri kekuatan baru kepada Ustaz Nasharudin bersama UMNO-BN !
Ustaz Nasharudin Ahli Parlimen Bachok bersama Perdana Menteri Malaysia 
di Mekah baru-baru ini
PARLIMEN BACHOK: Majlis Selamat Tinggal Pas yang pertama kali diadakan di negeri ini untuk ahli Pas yang keluar parti itu dan menyertai Umno, mampu menjadi pencetus dan semangat baru kepada perjuangan Umno untuk menumbangkan parti itu pada pilihan raya umum ke 13 ini nanti.
Ketua Penaja Umno bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata beliau yakin ia dapat dijadikan kenyataan berikutan program anjuran Umno bahagian itu malam kelmarin, di Sekolah Menengah (SM) Datuk Perdana, Kampung Tanggok, dekat sini, mendapat sambutan dengan 2,900 ahli Pas keluar beramai-ramai menyertai Umno bahagian ini.
Mereka adalah ahli jawatankuasa bahagian, ketua peti undi dan ahli ranting Pas dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Jelawat seramai 1,100 orang dan masing-masing 900 orang dari DUN Tawang dan Perupok.
Beliau percaya lebih ramai lagi ahli Pas dari seluruh negara akan menyertai Umno menjelang pilihan raya akan datang dan perkembangan ini menjadi petanda positif kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan khususnya di Bachok untuk menumbangkan Pas.
Katanya, dengan jumlah hampir 3,000 ahli Pas dari tiga kawasan DUN dalam Parlimen Bachok serta kira-kira 5,000 pengundi baru yang berdaftar dengan Umno di bahagian ini, sudah pasti BN mampu membuat kejutan kepada Pas dalam pilihan raya nanti.
Perhimpunan ahli Pas yang menyertai Umno dalam majlis Selamat Tinggal Pas malam kelmarin mencatat sejarah baru kepada kekuatan Umno di bahagian ini, katanya pada majlis itu yang dihadiri lebih 5,000 orang itu.
Turut berucap pada majlis itu ialah bekas ahli Usrah Pas, Harun Yusof mewakili DUN Tawang; Ketua Peti Undi Kampung Sungai, Halim Omar (DUN Perupok) dan Ketua cawangan Pas Kampung Tepus, Mohd Noor Saamah (DUN Jelawat). Hadir sama Timbalan Ketua Penaja Umno bahagian yang juga Pengerusi jawatankuasa penganjur majlis, Datuk Dr Ilyas Hussin.
Awang Adek yang juga Bendahari Umno negeri berkata, majlis itu membuktikan kepada Pas bahawa Umno bahagian itu akan menawan kembali tiga kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Pas supaya segera menyertai Umno yang memperjuangkan hak kepentingan umat Islam yang bukan berdasarkan kepada bercakap kosong dan menabur janji palsu.
Kalau kita (ahli Pas) melihat Umno akan menumbangkan Pas pada pilihan raya kali ini, lebih baik segera menyertai Umno. Apa gunanya sokong parti yang akan menghadapi kekalahan dan cuba memperdayakan rakyat dengan menawarkan masuk syurga kalau berjuang bersama parti itu, katanya.    

Nik Aziz Wahabi -Tok Guru Pondok

Nik Aziz sudah terlalu takbur
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.
__________________________________________________________________

Ulasan saya:

Masih ramai di luar sana yang masih tidak mahu percaya bahawa Nik Abd Aziz Nik Mat membawa pengaruh wahabi. 

Tidak dinafikan juga ramai di kalangan alim ulama yang sudah arif mengenai kewahabian Nik Abd Aziz. 

Kini tok-tok guru pondok pula bangun mentahzir masyarakat tentang bahaya yang di bawa oleh Nik Abdul Aziz ini. 

Usah menuduh mereka sebagai UMNO, mereka tiada kaitan langsung dalam hal politik . Hanya mereka yang bertuhankan politik sahaja dengan mudah menuduh orang yang menentang mereka sebagai UMNO dan banyak lagi gelaran. 

Amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan tak kira kita didalam pertubuhan apa pun tak kira UMNO atau PAS.

Saya malas nak menulis bab politik di sini. Mari kita tumpukan kepada hal yang lebih penting iaitu perkara akidah. 

Kenapa kami mengatakan Nik Abd Aziz menyerupai wahabi ? Persoalan ini memerlukan huraian yang panjang dan tidak dapat tidak mesti di huraikan secara teliti untuk mengelak dari salah faham masyarakat terhadap bahaya agama wahabi ini. 

Saya ingin menyenaraikan sebahagian dari kesalahan Nik Abd Aziz
  1. Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
  2. Mengatakan Allah turun pada langit bumi
  3. Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'
  4. Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung
  5. Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم meniru ajaran Kristian
  6. Menghina institusi pondok
  7. Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir
  8. Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka
  9. dan banyak lagi....

Cukuplah jika saya senaraikan sebahagian sahaja seperti di atas. Kanak kanak yang baru belajar fadu ain pun tahu ianya salah. 

Ianya menjadi satu alasan yang kukuh mengapa kami menentang Nik Abd Aziz Nik Mat habis habisan. Nik Abd Aziz bukan seorang ulama ilmiah dan jauh sekali sebagai seorang wali. 

Orang seperti inilah yang membawa bala bencana dalam masyarakat Islam. Justeru , tidak ada lagi alasan bagi mereka yang ingin mempertahankan kesalahan yang dibawa oleh Nik Abd Aziz. 

Jauhi taksub kerana taksub hanya akan membuatkan kita jauh dari kebenaran. Bukalah mata , bukalah hati. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.


2012/9/9 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 
alamak mesti raman frust giler

Kedudukan Nasharudin Dalam PAS Kekal - Hadi Awang
Oleh IZRA ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada Ahad malam tidak membincangkan tentang kedudukan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.
Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu berkenaan tidak terdapat dalam agenda mesyuarat dan Nasharudin kekal dengan kedudukannya dalam PAS dan Majlis Syura.
"Tak ada dalam agenda mesyuarat. Dia (Nasharudin) hadir mesyuarat dan masih jadi ahli Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS, dekat sini, Ahad.
Hadi berkata tidak timbul persoalan atau masalah mengenai kedudukan Nasharudin dalam PAS atau Majlis Syura.
"Tak timbul masalah...siapa yang timbulkan masalahnya," katanya.
Menurut Hadi mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat biasa yang diadakan dua kali dalam sebulan oleh Majlis Syura.
Mengulas lanjut beliau berkata mesyuarat pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan tentang calon-calon pilihan raya yang wajib diluluskan Majlis Syura untuk memastikan setiap calon adalah berwibawa dalam Islam.
Ditanya apakah Nasharudin akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata:
"Itu kena tunggu pilihan raya...termasuk saya sendiri tak tahu sama ada tercalon atau tidak.
Beliau berkata mesyuarat kali ini juga memperlihatkan pihaknya menerima banyak calon-calon yang disenarai untuk bertanding.
"Kita terima seberapa banyak calon..satu kawasan sampai tiga-empat calon pun ada tapi kita terima semua.
"Itu terpulang kepada budi bicara PAS Pusat, negeri dan kawasan," katanya.
Katanya, semua ahli Majlis Syura hadir ke mesyuarat yang selesai kira-kira pukul 11.00 malam itu kecuali yang uzur.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS lebih awal kira-kira pukul 9.15 malam.
Isu kedudukan Nasharudin dalam PAS timbul apabila beliau meminta supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.






--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment