Sunday, September 16, 2012

RG2011... GADIS 18 TAHUN DIJADIKAN PEMUAS NAFSU LELAKI BANGLADESH

 


Dia berusia 18 tahun dan saya difahamkan gadis sama, penuntut di Kolej Poly-Tech Mara di Bangi, Selangor.

Mula berkenalan dengan lelaki Bangladesh berusia 25 tahun sejak penghujung tahun lalu. Warga asing itu bekerja sebagai juruwang restoran dan kekadang sebagai pelayan.

"Dia anak sulung daripada empat beradik. Ayah dia tentera tetapi langsung tidak mengetahui mengenai hubungan sulit anak perempuannya dengan lelaki Bangladesh itu. Kalau ayah dia tahu, mati dia," ujar rakan sekolejnya, 'Fiza'.

Fiza bukan nama sebenar.

Teman lelakinya itu di waktu terluang, sanggup membawakan beg dan menghantar gadis terbabit ke kolej dengan menaiki LRT.

"Sebelum ke kelas, gadis itu kerap singgah di kondominium 'bhai' di Ampang, disewakan oleh majikannya. Pergaulan mereka tidak ubah bak suami isteri. 'Ringan ringan' itu biasa bagi mereka berdua. Namun di belakang teman wanitanya, lelaki Bangladesh itu sering bercerita kepada rakan serumahnya, berbangsa Melayu mengenai perhubungan seks mereka lakukan. Selalu gadis itu ditertawakan, biarpun sewaktu bersama teman wanita, mulutnya manis," dakwa Fiza.

Gadis itu juga 'berkawan' dengan lelaki Bangladesh hidup agak mewah dan memandu kereta Exora.

"Kerja lelaki berusia dalam lingkungan pertengahan 40 an itu menyewakan bilik di Kuala Lumpur. Dia pernah memberikan wang tunai RM1,000 tanpa sebarang 'imbuhan' kepada gadis sama," jelas Fiza.

"Adakah lelaki Bangladesh kaya dengan teman lelaki gadis itu saling kenal mengenali?," soal saya.

"Sekadar kawan dan saling buruk memburukkan di antara satu sama lain. Gadis itu pula mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang secara mudah dari lelaki Bangladesh lebih tua. Kini kerana terlalu kerap dihubungi olehnya, dia mengeluh rimas," balasnya.

Gadis terbabit memakai tudung dan tinggal bersama keluarganya di Ampang.

"Gadis itu gemuk ke?," tanya saya.

Itu soalan spontan.

"Tubuh dia tidak kurus, tidak juga gemuk, sedang sedang sahaja," kata Fiza.

Huh!

Selain diratah oleh lelaki Nigeria, sebilangan gadis Melayu juga sanggup menyerahkan batang tubuh kepada warga Bangladesh.

Barangkali kerana daya tarikan hidung mancung, tinggi, kacak dan 'bertenaga', cuma kekadang bau badan mereka kurang menyenangkan.

Namun cinta adakalanya bisa melumpuhkan semua deria rasa.

"Saya tidak kisah nama awak apa, saya panggil awak 'sayang'"

Itu antara ayat diungkapkan oleh lelaki Bangladesh ketika mengurat wanita Indonesia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya terdengar perbualan mereka. Mungkin wanita itu juga sama, dijadikan alat pemuas nafsu lelaki Bangladesh.

Sila baca kisah wanita dijadikan hamba seks lelaki Bangladesh, klik di sini.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment