Sunday, September 16, 2012

RG2011... Perjuangan orang Melayu yang sebenarnya!

 


Salah seorang yang terlibat dalam penubuhan UMNO ialah pendita Zaaba atau Zainal Abidin bin Ahmad. Kalau ikut Zaaba nama asal nya ialah United Malays Oragnization. (UMO) Dia seorang cendekiawan, pemikir dan pendidik yang terkenal. Yang beri dia gelaran pendita- sage atau bijaksana ialah Tun Razak kerana memperakui ketajaman dan kehalusan fikiran.
Pada umur yang awal, Zaaba telah memikirkan dan menulis mengenai topik2 sosial dan ekonomi dan politik. Dalam tahun 1921, beliau  menulis banyak rencana atau artikel yang tinggi mutu nya dalam Bahasa Inggeris menerusi akhbar Malay Mail. Rencana2 asal dalam bahasa Inggeris kemudian nya banyak di terjemahkan kedalam bahasa kita, bahasa Melayu.
Antara topik atau isu yang sangat diperhatikan oleh Zaaba ialah sebab2 orang Melayu ini miskin, mundur dan jauh ketinggalam dalam perlumbaanhidup.  Kepada Zaaba, kemiskinan orang Melayulah itu yang menjadi suatu sifat yang terlebih sebati dengan orang Melayu dsebabkan 2 perkara. Pertama mengikut Zaaba ialah:-
1.     Keadaan agama Islamnya dan iktkad2 kepercayaannya yang telah jatuh beberapa rendahnya daripada ketunggalan dan kebersihannya yang asli, pada hal iktikad2 ugama itulah yang memerintahkan segala jalannya dan gerak gerinya di dalam dunia ini.
2.     Kedua megikut Zaaba ialah kezaliman oleh pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri. Kezaliman yang dimaksudkan ialah beratus ratus tahun lamanya mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya yang pada zaman dahulu itu. yang demikian itu menjadikan bangsa Melayu mewarisi kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah dan menjadi kelaziman keatas mereka. Perwarisan laku perangai dan tabiat yang rendah2 ini lah yang menjadi acuan menempa akan orang Melayu ini kepada rupa bentuk hari in.
Keadaan2 yang menjadi kelaziman kepada orang Melayu ini, mengikut Zaaba menjadi keperangaian kedua pangkat nya dari keperangaian kesemulajadian orang Melayu itu. dari suatu sudut kedatangan British ke Tanah Melayu ini ada faedah nya.
Apakah kesan positif kedatangan Inggeris tanya Zaaba?- kesan positif nya ialah melepaskan orang Melayu daripada kejahatan dan kebuasan tuan2 penghulunya seperti yang telah lalu itu. iaitu kebuasan dan kebinatangan puak feudal.
Namun demikian kedatangan Brtish itu tidaklah dapat ia melepaskan yang telah tertempa bentuknya dalam tuangan perkelilingan tatkala zaman azab sengsa dahulu itu.
Apa matlamat orang Melayu sebenarnya? 
Mengikut Zaaba- dan masa sekarang hanyalah tinggal lagi kerja2 kita mesti menghapuskan segala kehasilan keji keji dan malang yang telah jadi daripada kesalahan zaman dahulu itu dan berpalinglah serta buat akan pemulih dan pengganti segala taksir yang telah sudah itu.
Makna nya, perjuangan orang Melayu yang sebetulnya ialah membuang segala laku perangai dan tabiat yang rendah yang sudah tertempa berkurun lama nya oleh pemerinatahan bangsa mereka sendii yang buas, dan zalim yang picit, ramas dan perah bangsa mereka sendiri.
UMNO mewakili pemerintahan jenis yang demikian itulah.

Print
Posted by sakmongkol AK47 at 9:15 AM
 

dlm sistem demokrasi, kuasa sebenarnya ditangan rakyat (raja ikut perlembagaan). kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui wakil rakyat (calon yg menang dlm pilihanraya samada negeri atau federal). malang sekali wakil rakyat yg berkuasa baik federal atau negeri berkelakuan lebih dari kebuasan dan kebinatangan puak feudal. pm, menteri, menteri besar, ketua menteri semuanya wakil rakyat. jangan jadi maharaja.


tebing tinggi,  16 September 2012 10:47


Untok kesaksamaan dan kesamarataan adalah adil teraju pentabiran negara dikongsi bersama . Setelah 55 tahun negara ini diterajuai olih orang Melayu dan kita telah mengalami pelbagai titik-benik yang membosankan yang tidak menyentoh citarasa kita yang sebenarnya.
Satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi satu perubahan mungkin akan memberi satu kepuasan citarasa.
Apa kata pilih bukan Melayu untok menerajui Negara.


Anonymous,  16 September 2012 11:09

askm tok
teruskan usaha MENGHASUT org2 melayu utk tahu mana satu kebenaran
perlu banyak penulisan tokoh2 yg diharamjadahkan umno sebenarnya lah yg mengerakan kesedaran org2 melayu spt kes mat indra...
zaba mati x jadi ahli umno pun...
TERUS MENGHASUT BAK KATA TUKAR TIUB(HISAM)hahaha


AHMAD FIRDAUST 16 September 2012 12:13

Good job n fact datuk... biarbterbuka skit mind a org umno yg masih terjajah n beku..


Anonymous,  16 September 2012 12:44

Perjuangan orang orang Melayu telah tergendala kerana NEP. NEP itu tidak bolih membangunkan satu economy yang kukuh tetapi satu econmy yang kukuh bolih membagunkan NEP yang kukuh.


Anonymous,  16 September 2012 14:35

Melayu mundur kerana taklid buta dalam agama dan terlalu lama diperas penguasa feudal. Dua sumber utama kelemahan melayu. Manusia umpama banduan dlm yg terpenjara dlm sangkar nilai, norna dan resam kaumnya - mao tze tong. Penjajahan yg paling buruk adalah penjajahan nenek moyang - jaafar sadiq. Kajian sarjana mendapati hingga penghujung kurun ke-20 masih ramai melayu desa yg tidak menyedari rupa bangsanya sbg melayu. Mereka melihat diri mereka sbg hamba raja. Golongan berjiwa hambawan ini membentuk kumpulan tegar terbesar pendokong umno di pedalaman meskipun sebilangan daripadanya menerima pendidikan tinggi dan menjawat jawatan atasan. Ini kerana minda bawah sadar mereka sudah dijajah penguasa feudal selama ratusan tahun.

Abdullah munsyi pada awal tahun 1800 menyebut hanya ada 3 org di kampungnya yg tahu membaca - celik huruf. Hari ini kita ada jutaan melayu yg tahu membac tetapi belum celik fikiran utk merdeka dari belenggu feudalism.

Di bawah penjara minda feudalism, agama tidak boleh menjadi agen pencerahan yg subur. Melayu menjadi begitu taksub dan kaku dgn pegangannya. Zamaksari mufasir besar islam menyebut perihal ketaksuban ini du zamannya: Jika aku berkata aku maliki aku dituduh menghalalkan anjing. Jika aku mengaku hanafi aku dituduh menghalalkan arak. Jika aku adalah shafie aku menghalalkan pernikahan di antara ayah dgn anaknya (luar nikah). Jika aku hambali aku dituduh menjisimkan Allah'. Hari ini jika ada melayu yg berani menjenguk fikrah mazhab dlm tradisi islam di luar ahlussunnah spt muktazilah, salafi, sufi dan syiah mereka akan dituduh sesat.

Selama lebih 50 tahun umno merelakan minda melayu terperok dlm tempurung kejumudan ini utk membolehkan mereka kekal berkuasa. Benarlah, penjajahan yg paling buruk dan kejam adalah oleh penguasa anak sebangsanya. RO Winstedt sarjana simpatisan melayu tahu benar musibah melayu ini. Beliau menulis lewar 1940-an, ... dlm kemiskinan dan kedaifan hidup melayu yg begitu meluas... serta genggaman minda feudal dan buta fikrah agama... saya tidak boleh membayangkan bagaimana melayu akan dapat bersaing dgn kaum cina dan india yg lebih sedar, celik, independen dan punya rangkaian budaya dan ekonomi di dlm dan luar negara yg lebih kukuh.

Bangsa melayu amat memerlukan tokoh2 dan pemimpin yg dpt meminpin pencerahan minda dan jiwa.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment