Thursday, September 20, 2012

RG2011... Seorang Lagi Apek Kurang Ajar Dikesan Pijak Gambar PM

 

CIMG85281-768x1024

 September 20, 2012

 
Menyokong atau membangkang adalah hak individu.
Masing-masing ada pemikiran, fahaman dan cara bertindak mereka yang tersendiri.
Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.
Membenci Nik Aziz bukanlah tiket untuk menghina keperibadiannya, membenci Najib bukanlah lesen untuk memfitnahnya.
Hak untuk bercakap bukan bermakna hak untuk mengutuk tanpa usul periksa.
Hak untuk berdemo bukan hak untuk merusuh sesuka hati.
Hak harus digunakan secara baik dan berhemah.
Hak untuk mengadakan bantahan terhadap penghinaan terhadap Islam dan Rasulullah tak sama dengan hak untuk berdemo disebabkan tak setuju dengan keputusan PIBG mengutip yuran komputer.
Di atas adalah contoh bagaimana seorang manusia yang merasakan dirinya berhak untuk buat apa saja hanya disebabkan dia tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dia bangga untuk meletakkan kakinya, lebih tepat, untuk memijak gambar muka Najib bagi memalukan pemimpin tersebut.
Apa kata, kalau ada orang yang tidak puas, memijak kembali gambar muka ibu yang melahirkan lelaki yang bernama Shaun Tan Zhi Ming itu atau kekasih pujaan hatinya.
Bagaimana agaknya perasaan Shaun?
Perbuatan biadap seperti ini perlu dikutuk, tak kira siapa pun 'mangsanya'.
Mungkin ada yang mengatakan ia cuma sekeping kertas, tetapi ia juga bererti maruah.
Dan hanya orang yang tidak bermaruah saja yang sanggup melakukan perbuatan sedemikian.
Shaun Tan Zhi Ming bangga melihat 'maruah' Najib diperlakukan sedemikian rupa, tetapi pada masa yang sama, dia juga kena sedar yang dia sendiri telah meletakkan maruahnya di tempat paling hina.
Lebih hina daripada yang dia lakukan terhadap gambar Perdana Menteri itu sendiri.
Kesian….
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment