Tuesday, December 25, 2012

Re: RG2011... KDNK Malaysia dijangka 5.5 %

 

kah kah kah....naik ler harga barang...kah kah kah...
KDNK naik selalu saban tahun...tak pernah tunjuk data sebenar...barang naik selalu...BN dan UMNO buat dekkk ajer...yg depa tahu hidup Najib dan Rosmah supaya semakin kaya...rakyat semakin susah apa depa kira...KDNK tak beri apa2 petunjuk kepada rakyat...syok sendiri masuk bakul

2012/12/25 shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
 

KDNK Malaysia dijangka 5.5 %

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai yakin pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia akan mencecah lima hingga 5.5 peratus tahun depan.

Beliau berkata, pertumbuhan itu akan dipacu oleh permintaan domestik, serta lebih banyak aliran masuk pendapatan daripada sektor pembinaan, pelancongan dan perkhidmatan.

"Mengenai defisit fiskal, kami menjangka ia berkurangan kepada empat peratus ke bawah, daripada 4.7 peratus sekarang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyampaian cek replika daripada Quill Capita Management kepada Yayasan MyKasih, hari ini.

Kerajaan menyasar mengurangkan defisit fiskal negara kepada tiga peratus menjelang 2015.

Mengulas mengenai penyampaian cek itu, Lim berkata, beliau berharap lebih banyak sumbangan seperti itu boleh dibuat pada masa depan bagi meringankan bebanan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Quill Capita Management, pengurus Quill Capita Trust (QCT) hari ini melancarkan Program Derma Siswa MyKasih Love My School bagi Sekolah Kebangsaan Selayang Baru Satu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Quill Capital Management, Yong Su Lin menyampaikan cek berjumlah RM60,900 kepada Pengerusi dan Pengasas Bersama Yayasan MyKasih, Dr. Ngau Boon Keat di sekolah itu.

Ngau berkata, di bawah program itu, sumbangan QCT akan memberi faedah kepada 70 pelajar terpilih daripada sekolah itu.

Mereka boleh mengeluarkan elaun bulanan sebanyak RM60 setiap seorang bagi tempoh persekolahan setahun, untuk membeli buku sekolah, alat tulis dan makanan di kantin sekolah. - Bernama




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment