Monday, March 18, 2013

Re: RG2011... Mengapa mereka semua jadi begitu????

 

Hehehee...shred ko dah tertinggal nie..atau buat-buat tak tahu..itulah lain kali sebelum copy and paste pandang-pandang dulu..dah tercopy bahan yang boleh masuk muzium..hehee...yang kita tunggu sekarang adakah UTUSAN akan menang atau menambah koleksi samannya..hahahaa..

--- On Wed, 13/3/13, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:

From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
Subject: RG2011... Mengapa mereka semua jadi begitu????
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 13 March, 2013, 9:32 PM

 

Ceroboh: Ghafir bekas Timbalan Panglima TD perleceh ATM 'duduk reban ayam'


Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.

Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu.

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
--

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment