Oleh RAYUSA KETIKA rakyat marah dan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah dalang tragedi Lahad Datu, mantan Perdana Menteri itu seperti "menyimbah minyak ke atas api kemarahan" tersebut apabila mencadangkan buku mengenai Datin Seri Rosmah Mansor, Biografi Rosmah Mansordiedarkan ke sekolah seluruh negara sebagai pedoman generasi akan datang.Sudahlah rakyat memarahi dan membenci Rosmah, Mahathir membuak-buakkan lagi perasaan itu. Ternyata beliau membela Rosmah yang menjadi antara punca utama kebencian rakyat terhadap kerajaan Umno-BN. Mahathir mengaku beliau selalu menyebut pemimpin negara kita wajar menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka. Bagaimanapun, lihatlah dahulu siapa individunya. Amat mengejutkan apabila beliau menganggap Rosmah adalah pemimpin negara. Apakah Mahathir tidak sedar Rosmah hanya isteri Perdana Menteri (yang telah "luput tarikh"), Dato' Seri Najib Tun Razak? Ketika melancarkannya di Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu, Mahathir berkata Biografi Rosmah Mansor setebal 180 halaman itu baik untuk dijadikan pedoman generasi baharu 100 atau 200 tahun akan datang. Rosmah memberi alibi pada malam itu beliau berada dalam majlis berbuka puasa di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bersama pegawai polis, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan yang dipercayai seorang pegawainya. Jika pun benar Rosmah tidak berada di lokasi pembunuhan Altantuuya, beliau masih boleh memberi arahan. Jadi, misteri ini hanya akan terbongkar jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti! Raja Petra membuat pengakuan bertarikh 18 Jun 2008 itu ketika perhatian tertumpu pada kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Alasan membela diri yang diberikannya pula berubah-ubah. Pertama, Rosmah memberitahu cincin itu dibawa ke negara ini dengan kapal terbang dari New York pada 16 April 2011 untuk dilihat bakal besannya, Maira Nazarbayev, dan dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu pada 13 Mei 2012. Apabila kerap dipersoalkan dan diragui, Rosmah memberi alasan menabung dari kecil untuk membeli cincin tersebut. Apabila dianggap tidak logik juga, beliau memberi alasan hanya melihat cincin itu. Beliau bersumpah cincin itu tiada padanya.Jadi, wajarkah orang yang berdolak-dalik dijadikan contoh teladan? |
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment