pemberian IC secara mass semata mata nak kekalkan kuasa.itu dah salah.
2013/3/22 rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Sesiapa saja yang memohon samada perakuan taraf atau kerakyatan dan menepati segala syarat akan mendapat kerakyatan. Serupa juga dengan warganegara malaysia yang memohon kerakyatan Singapura atau kerakyatan Amerika atau kerakyatan Australia. Tak salah pemimpin-pemimpin itu. Jadi isu siapa salah sebab beri kerakyatan tidak timbul. Mereka memenuhi syarat semasa memohon. Lihat saja Singapura yang "grant citizenship" kepada rakyat malaysia keturunan Cina kerana mereka memenuhi syarat permohonan. Tidak pula kita pandang serong!rhirowati - rhirowatiFrom: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 19, 2013 10:33 AM
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAHsy baca kedua2nya...sukar masing2 ada hujah mereka sendiri. Tapi saya percaya Allah beri kita akal fikiran kita fikir lah sendiri...tiba masa nya kita buat pilihan...From: Newsforwarder®™ <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: MalaysiaNews@yahoogroups.com
Sent: Thursday, March 14, 2013 4:59 AM
Subject: RE: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAHKalo mcm tu mudah aja.Bacalah blog yg hentam pr dan masa yg sama hentam umno.Adakah Pn sharifah sudah berbuat demikian?Cuba sini:Sabahkini.netCari Berita dari En Mutalib MD,beliau anak Sabah dan beliau juga yg pertama sekali dedahkan perkara ini.Baru kemudian diikuti oleh Wilfred bumburing dll,dan akhir sekali disuarakan oleh parti pakatan,selepas pakatan takeover,mcm biasa,perkara jadi besar,dan itulah yg terbaik, kalau tidak didiamkan saja sampei kiamat.Dan sabahkini bukanlah blog penyokong pakatan,dia tukang hentam 2-2.Ta perchaya baca sindri.Selamat membaca.From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Wednesday, March 13, 2013 9:49 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAHBetul tu sist sharifah, amat mengelirukn! tak tahu mana satu yg betul!! Mohon Allah swt tunjukkn kebenaranNya! insyaallah dgn izinNya akan terbongkar jua ..Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.From: sharifah hamidahSender: respeks_group@yahoogroups.comDate: Wed, 13 Mar 2013 10:00:53 +0800 (SGT)ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.comSubject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAHBila baca blog PR mrk kata Tun Mahathir yg lulus IC dan bagi IC tu pada mereka....bila baca blog pro BN mrk kata Anwar yg terlibat dgn IC tu tanpa pengetahuan Tun...mana satu yg betul.?Ini semua buat kita keliru...tapi kita percaya pada Allah...insyaa Allah satu hari kebenaran akan terbongkar kita tunggu dan lihat....terutama selepas peristiwa Lahad Datu ni banyak yang terbongkar....From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 8, 2013 7:06 PM
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH
Satu yang faudzir tak tahu.. penceroboh yang ditembak mati di semporna dan yang dibelasah oleh penduduk kampung.. kesemua mereka ada IC...heheheee.. tapi berita macam nie mana nak keluar TV...--- On Thu, 7/3/13, Arif Hafizam Hmzah wrote:From: Arif Hafizam Hmzah Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAHTo: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>Date: Thursday, 7 March, 2013, 2:58 PMDah kasi Ic,tu yang orang lain pun masuk sebab boleh dapat IC freeFrom: mohammed faudzir hussein <jedfaudzir@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, March 7, 2013 9:16 AM
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH
tak sangka ada ramai orang yang pandai.... buat macam2 andaiaan tentang pencerobohan d Lahad Datu. Komen saya satu saja , kalau orang asing masuk negara orang tanpa dokumen yang sah, bersenjata dan membunuh rakyat kita terang2 dia ada lah penceroboh
dan pembunuh..takan pula jemputan Kerajaan kita. Apa2 pun jangan mempersendakan maruah dan keselamatan Negara.
--- On Tue, 3/5/13, NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com> wrote:
From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
Subject: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, March 5, 2013, 6:20 AM
Written by Admin Tuesday, 05 March 2013 16:45 Oleh : DATUK SERI WILFRED BUMBURINGSAYA menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya; di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam.Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya.Showing 18 comments
joncromokOrang Sabah juga yg pelihara pendatang...Kasih jual itu tanah sama pendatangKasih sewa itu kadai sama pendatangKasih sewa itu permit sama pendatangKamu apply lesen sama kerajaan lepas tu kasih sewa sama pendatangApa pendatang jual kamu berpusu pusu pigi beliKamu Ada kedai makan,Ada kilang atau apa saja bisnis semua pendatang kamu ambiBa siapa yang bodoh....·
lugussarayo... emm..fakta yg logik dan boleh difikir2kan..
seladangsangat setuju... kita sdg 'menikmati' hasil pemberian projek ic... yg lucu, media2 masa kerajaan berhabis memainkan isu konon ada 'tangan' tersembunyi pembangkang yg menyebabkan pencerobohan ini... mungkin utk mengelak rakyat drpd bercerita mengenai sempadan yg mudah dibolosi...
bermaharajaTakkanlah Anwar dan Jefry yg bersalah kalau sempadan berjaya ditembusi.Sebab kawalan sempadanlah punca utama masalah ni.Segelintirnya pula ada ic mykad.Takkan ic ni pun Anwar dan Jefry yg beri.Rakyat pandai fikir...dn bijak buat analisa.
bermaharajaSiapa2 yg terlibat dgn pemberian ic palsu jgn sekali kali undi.Itulah antara punca kematian anggota PDRM.Tak guna sokong ketua petualang negara.Jgn sekali kali undi. Bukti sudah jelas.
bermaharajaKenapa bukan yg buat ic projek yg mati kena tembak...Lain pula jadi mangsa....kurang ajar.
teramatterharupprtsuru tarik ba kerakyatan tu...termasuk anak dan cucu mereka baru usir....lama2 ramai yg pembawa masalah dan kes jenayah kalau tak tarik balik, orang cakap penganas yg terbunuh di Semporna ada My Kad, ini kerja BN UMNO di Semporna utk kekal kuasa, kerana pengundi ini tak tahu apa2, janji ada my kad mereka undi timbangan ( BN ) akhirnya membunuh anggota keselamatan kita..Takziah pd keluarga mereka...( PDRM )
--
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (21) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment