Sunday, March 31, 2013

RG2011... Fw: Pencacai Tak Hormat Undang2 & Mahkamah

 



 

Memang Dasar UMNO & Pencacainya Tak Hormat Undang-undang & Mahkamah


SPRM dan Peguam Negara Hina Mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia didakwa menghina keputusan mahkamah apabila gagal menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam akhbar bahasa Inggeris.

Ini selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan gagal menyiarkan permohonan maaf beliau sejajar dengan persetujuan yang dicapai di dalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur 19 Mac lalu.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim, Datuk Lau Bee Lian di dalam kes saman Abdul Khalid terhadap Ahmad Said. Kes itu berkenaan kenyataan bekas pesuruhjaya itu empat tahun lalu tentang sumbangan lembu korban di kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Antara terma persetujuan itu ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan akhbar The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari 19 Mac.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut.

"Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian.

"Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah,"
katanya di dalam satu kenyataan.

Pada 19 Mac, Ahmad Said memohon maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada Abdul Khalid dan menarik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.

Pada 2009, Ahmad Said mendakwa bahawa Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk menderma sejumlah RM 110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak pada tahun yang sama.

Susulan daripada dakwaan itu, SPRM telah memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salahgunakuasa atau penyelewengan di dalam pembelian itu.

Tegas Abdul khalid, sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina beliau secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

"Tindakan defendan ini selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.

"Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini," katanya lagi.

Ulasan GB

Mereka penjaga dan pelaksana undang-undang. Tetapi apabila terkena batang hidung mereka sendiri, mereka enggan untuk menerima dan mematuhinya.

Itu sudah menjadi tabiat dan pe'el golongan UMNO dan para pencacainya.

Lihat saja kes Ketua Pemuda UMNO yang bernama Khairy Jamaluddin di dalam pembohongannya berhubung syarat penyelesaian (settlement terms) yang dimeterai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau.

Pada awalnya Khairy menarik balik kenyataan beliau pada 2007 yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat Melayu, 'boneka' Amerika dan Yahudi.

Tetapi kerana takut malu dan dituduh bacul oleh kumpulannya, beliau memutar dan membelitkan lidahnya dengan menyatakan 'beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat'.

Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pula yang memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

kasihan sungguh golongan ini kerana mereka tidak tahu KEBENARAN itu tidak boleh disembunyikan.

Apabila kerajaan dan orang-orangnya sudah tidak lagi menghormati keputusan mahkamah, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Tuhan sendiri yang akan menghukum mereka. Itu keyakinan orang yang beriman kepadaNya!

comments:

Anonymous said...

PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT

Anonymous said...

dia sendiri yg draf undang2/perjanjian walaupun sememangnya uundang2/perjanjian tu banyak menyebelahi dia...namun dia juga yg ingkar perjanjian tu,itulah perangai yahudi apco laknatullah,sama jer

Anonymous said...

Mereka menganggap
negara Malaysia ini
emakbapak mereka punya.
Biarkan... biarkan... si Luncai...
terjun dengan labu-labunya.
Ini kalilah... tukar.
Apabila Kerajaan tukar...
bagi satu sampan
dan satu pengayuh
pada Ghani Paktahil
suruh dia pulang
ke Sabah mengharungi
Laut China Selatan.
Baru padan muka dia...

Anonymous said...

ini lah manusia bila di beri amanah dia munkir, bila di beri kuasa dia menyalahgunakan kuasa, INGAT RAKYAT IALAH HAKIM YG PADA BILA2 MASA BOLEH MEMBERIKAN HUKUMAN. Dan Ingat seksaan ALLAH AMAT PEDIH, iNSAF LAH WAHAI MANUSIA. Dunia hanya Pinjaman sahaja. Akhirat lah yg sebenar.

Anonymous said...

Insyaallah, kita tumbangkan BN PRU13, Semoga allah hancurkan UMNO, Diganti pemerintah beriman yang menjaga rakyat dan agama

 

----- Original Message -----
 
Sent: Tuesday, March 19, 2013 12:31 AM
 
Subject: Fw: MOHON MAAF ATAS FITNAH TERHADAP MB SELANGOR

BEKAS PESURUHJAYA SPRM MOHON MAAF ATAS FITNAH TERHADAP MB SELANGOR

telokbakong.blogspot.

biaqpila.blogspot.
 
KENYATAAN AKHBAR18 MAC 2013

DAKWAAN SALAH GUNA KUASA:  BEKAS PESURUHJAYA SPRM SETUJU MOHON  MAAF
Saya bersyukur bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Dato' Seri  Ahmad  Said Hamdan bersetuju untuk  memohon maaf kerana  mengeluarkan kata-kata  berunsur fitnah berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pembelian 46 ekor lembu bagi majlis korban di Bandar Tun  Razak  pada 2009.

Ahmad Said  dijangka  membuat permohonan maaf secara  terbuka di  mahkamah esok manakala permohonan maaf di media massa akan ditetapkan kelak.
Persetujuan ini dibuat dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan tengahari tadi sekaligus menamatkan kes saman malu yang saya failkan terhadap Dato' Seri Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Perkembangan  ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.
Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi  kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban.

Saya percaya pegawai kerajaan terutama pihak penguatkuasaan, SPRM dan  polis hendaklah melaksanakan tugas secara professional dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh kumpulan  atau  individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.
Sebagai Menteri Besar kepada  rakyat selangor, saya  amat menitikberatkan  integriti, ketelusan dan amanah. Saya amat  bersyukur dalam tempoh lima tahun ini tiada seorang pun  pegawai kanan kerajaan dan  exco negeri dilibatkan dengan kes salah laku dan rasuah.

Saya percaya rekod cemerlang ini akan  menjadi elemen utama kepada  rakyat  untuk membuat keputusan dalam pilihan raya umum tidak lama  lagi.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
-mobile post
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment