Salam alaik,
Beberapa minggu yang lalu, sangkaan saya hanya kaum Rohingya dianiayai oleh kaum Buddha di Myanmar. Sangkaan saya meleset. Kini penganiayaan telah merebak kepada kaum Muslimin pelbagai bangsa di seluruh Myanmar.
Lihat di sini : http://www.guardian.co.uk/world/2013/mar/26/burma-imposes-curfews-townships-violence?INTCMP=SRCH
Bagaikan sudah berjanji, kini Umat Islam teraniaya di seluruh Sri Lanka (sebuah negara majoriti Buddha) pula.
Lihat di sini : http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-21840600 .
Saya pernah tinggal di Sri Lanka selama 2 bulan dan mendapati kaum Buddha di sana sangat beradab.Sebab itu saya rasa pelik dengan kejadian akhir-akhir ini.
Ciri Persamaan Sri Lanka dan Myanmar
=> Menganiayai dan membunuh penganut agama Hindu, Kristian dan Muslim
=> Setiap rusuhan dan pembakaran premis kedai, rumah dan Masjid, pihak polis hanya melihat dari tepi
=> Tindak-tanduk penganiayaan dikepalai oleh kumpulan Sami Extremists
=> Suara-suara Sami Moderate tenggelam kerana Ahli Politik berdiam diri, takut hilang pengaruh
=> Tindak-tanduk Sami Extremists didalangi dan disokongi oleh Pihak Tentera
=> Kebanyakan rusuhan bermula dari TEKS SMS berunsur fitnah.
=> Mereka cuba menghalang Umat Islam dari menggunakan tanda dan makanan Halal
Sefaham saya, agama Buddha ialah agama yang menggalakkan keharmonian hidup dan suka kepada keamanan. Namun kini, agama ini telah di-hijack oleh Sami-Sami Extremists di Sri Lanka dan Myanmar.
Untuk memberi kesedaran kepada komuniti Buddha Sri Lanka dan Myanmar yang semakin agresif, kita perlu bantu meningkatkan kekuatan suara Sami-Sami dan Kumpulan Politik yang moderate. Pihak OIC ( seluruh negara majoriti Muslim), perlu ambil tindakan segera.
Antara pukulan kuat yang perlu dibuat ialah Pukulan Ekonomi dan Politik. Semua rakyat dan kerajaan di bawah OIC perlu BOYCOTT kedua-dua negara tersebut.
1. Menarik balik duta-duta mereka buat sementara waktu
2. Menghentikan semua rundingan perniagaan
3. Menghentikan semua bantuan ekonomi
4. Tangguh pengimpotan barangan keluaran mereka
5. Tidak berkunjung untuk cuti atau niaga di sana
6. Menghentikan pengambilan pekerja dari negara mereka.
7. Mempastikan 6 perkara di atas memberi kesan Ekonomi dan Politik
Saya yakin, ia akan memberi tekanan sehinggakan Para Politikus dan Sami-Sami Extremist akan hilang pengaruh. Suara-suara kesederhanaan akan mula didengari.
Umat Islam seharusnya menggunakan kekuatan ekonomi mereka sebagai senjata penting apabila perlu. Jangan duduk diam diri, sehingga bala datang menimpa secara mengejut membantai dahi sendiri kerana menganggap kubur sendiri-sendiri.
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
---------------------------------------------------------------------------------
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment