Salam alaik,
TERMA RUJUKAN => Trans Pacific Partnership Agreement ( TPPA ) = Perjanjian Rakanniaga Rentas Pasifik
3 kesan besar dan rentetannya:
=> Kenaikan Harga Ubat sehingga 1,000% => Kenaikan Kos Perubatan => Kenaikan Kos Insuran
=> Kenaikan Kos Bahan Kreatif => Kenaikan Kos Penerbitan dan Penyelidikan => Kenaikan Kos Pendidikan
=> Pelabur Boleh Saman Kerajaan dalam Tribunal jika Pengubalan Undang-Undang untuk menjaga hak rakyat menjejas Keuntungan Pelabur => Biasanya Kerajaan akan kalah.
Dalam hal TPPA, saya teruskan dengan fakta yang telah berlaku di Persidangan Parlimen pada 2-APRIL-2012. Soalan nombor 30 oleh Puan Teresa Kok kepada Menteri MITI.
Soalan 30. PR-1251-L49073
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pendirian Kementerian terhadap Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang akan ditandatangani oleh Malaysia yang membenarkan pelabur untuk mendakwa dan menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal antarabangsa. Apakah Kementerian akan membentangkan TPPA untuk dibahas di Parlimen dan diumumkan kepada orang ramai sebelum Kerajaan menandatangani perjanjian tersebut.
JAWAPAN MITI
Tuan Yang Di Pertua,
Isu pelaburan masih dirundingkan dalam rundingan Trans-Pacific Partnership (TTP) dan Kerajaan sedang membuat pertimbangan secara berhati-hati dalam perkara yang dibangkitkan.
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman, peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) dengan izin, yang membenarkan pelabur untuk mendakwa dan menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal antarabangsa tidak seharusnya ditolak kerana banyak pelabur di Malaysia juga melabur di luar Negara. Pelabur Malaysia ini juga memerlukan keyakinan bahawa pelaburan mereka terjamin dan mempunyai saluran untuk menuntut pampasan sekiranya pelaburan mereka terjejas akibat tindakan yang diambil oleh kerajaan Negara di mana mereka melabur.
Tuan Yang Di Pertua,
Semua Perjanjian FTA akan dibincangkan dengan stakeholders,dengan izin, dan keputusan akhir dibuat oleh Jemaah Menteri. Namun demikian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa semua pendirian dalam rundingan diambil setelah mengadakan perbincangan dengan semua pihak iaitu Kementerian dan Agensi Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga akan memberi penjelasan dari semasa ke semasa di Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa soal jawab dan perbahasan lain.
Kesimpulan saya dari jawapan MITI di atas.
TELAH SAH ! Perunding Malaysia telah menerima klausa Investor-State Dispute Settlement (ISDS) dalam TPPA, sedangkan Australia menolaknya bulat-bulat. Ini kerana Malaysia bimbang pelabur tak mahu melabur tapi Australia pula kata semua perjanjian FTA yang lain dah cukup untuk memenuhi keperluan para pelabur.
Apa masalahnya dengan menerima ISDS dalam perjanjian TPPA? Kerajaan tidak boleh menggubal Undang-Undang atau membuat kempen sosial yang boleh menjejaskan keuntungan pelabur WALAUPUN penggubalan undang-undang bermaksud baik untuk menjamin kesihatan, keselamatan dan hak rakyat. Contoh ialah KEMPEN ANTI TEMBAKAU pasti akan disaman. Contoh satu lagi ialah kerajaan tidak boleh mengharamkan mana-mana bahan yang dianggap bahaya oleh kerajaan dalam pengilangan oleh pelabur asing. Ini akan menjejas keuntungan pelabur, maka pelabur boleh menyaman kerajaan.
Dalam hal ini, jika dikorek lebih dalam lagi, ia mungkin juga akan melibatkan memberi pihak pelabur kekebalan ( immunity ) dari mana-mana PERUNDANGAN DOMESTIK. Adakah kekebalan ini melibatkan alam sekitar, sosial, sumber manusia dan sebagainya?
Ini pula soalan oleh Kulasegaran kepada MITI dan jawapannya oleh MITI pada October 24, 2012 :
Sakit hati kalau baca.
Ini pula kebimbangan hal TPPA yang disuarakan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada 28-Feb-2013 :
Ini pula kebimbangan yang dinyatakan oleh Malaysian AIDS Council pada 1-OGOS-2012 dalam Radio.
Ada setengah pembaca artikel saya yang menyatakan keyakinan mereka terhadap perunding kerajaan dan begitu yakin bahawa pihak perunding kita akan menjaga kepentingan rakyat. Seolah-olah mereka pasti akan menang dalam setiap rundingan.
Itu tanggungjwab mereka..... TAPI ... TPPA bukan perkara mudah, bukan perkara ringan, bukan perkara sembarangan dan bukan perkara kecil. Mereka berhadapan dengan buaya-buaya langap yang SANGGUP MEMUSNAHKAN NEGARA LAIN untuk menjaga kepentingan sendiri. Tengok saja apa yang mereka dah lakukan pada IRAQ dan Afghanistan. Siapa tak akur, mereka lanyak cukup-cukup walaupun habis berbilion-bilion duit !
Maka, setakat manakah KEMAMPUAN dan KUALITI PERUNDING KITA apabila berhadapan dengan muslihat buaya-buaya dalam meja rundingan? Mereka tersangat-sangat berwibawakah? Oleh itu, mereka sewajibnya membentangkan apa yang telah berjaya dirunding !
Ini premis fikiran saya dalam hal TPPA :
=> Keyakinan Penuh selayaknya hanya pada Allah dan RasulNya.
=> Perunding Kerajaan tidak termasuk golongan yang maksum
=> Saya tak tahu setakat mana kepintaran dan kewibawaan Perunding Kerajaan menjaga kepentingan rakyat
=> Oleh itu, Perunding Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan takdir anak cucu saya
=> Kerajaan seharusnya TELUS kepada rakyat dalam semua hal yang memberi kesan besar.
Saya lebih suka berwaspada kerana " Jangan sangka tiada buaya di dalam air yang tenang ."
Bagi mereka yang sangat yakin dengan Perunding Kerajaan, saya hulurkan nasihat " Jangan sudah terhantuk baru tengadah ! "
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
---------------------------------------------------------------------------------
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment