Salam alaik,
Saya selalu jugak ke Shanghai. Bandar tu sangat kelas dengan makanan halal yang lazat-lazat. Tak kurang dari 50 restoran halal jadi pilihan. Saya dah cuba dalam 20 buah sebab saya suka makan. Ada sebuah Masjid tua diperbuat dari kayu, terasa bagaikan mempunyai rohnya tersendiri. Berseri-seri wajah kaum China Muslim yang berumur veteran di situ. Mereka sentiasa sibuk membaca Al-Quran.
Sistem Mass Rapid Transitnya, Shanghai Metro, cukup modern dengan 12 line sepanjang 437km yang berhenti di 230 stesen setiap 2 minit untuk mengambil penumpang. Setiap tahun sekitar 2.3 billion penumpang menggunakan Metro Shanghai. Ada 20 juta penduduk di Shanghai.
Kalau saya sampai di Shanghai samada di Pudong Airport atau HongQiao Airport, saya boleh naik tren Metro terus ke Nanjing Street, City Centre. Ni tempat favorite saya. Ada 5 buah restoran Muslim berdekatan dan kalau jalan kaki jauh sikit ada banyak lagi. Lagipun kawasan Nanjing Street itu happening - lanskap cantik, arkitektur berseni, street performers dan shopping.
Lagipun, Nanjing Street sangat strategik di mana saya boleh ambil sambungan tren Metro ke merata tempat, termasuklah ke lokasi temujanji, destinasi pelancongan seperti The Bund atau ke Stesen Shanghai untuk naik Bullet Train ke mana-mana. Sebelum pergi meeting, walaupun 200km jauhnya dari Shanghai sekalipun, saya boleh congak masa saya dengan mudah dan baik. Berpuluh-puluh tren ke setiap bandaraya di sekeliling Shanghai setiap hari. Sistem Tren mereka memang kelas !
Secara amnya, Shanghai ialah bandaraya KEWANGAN dan KOMODITI seperti Hong Kong, Singapore, London dan New York. Di sekelilingnya pula terdapat bandaraya-bandaraya perindustrian yang menjurus kepada Precision Engineering, Mesin Pengilangan, Peralatan Perikanan, Bahan Binaan, Perusahaan Besi, Kayu, Plastik dan Makanan. Kalau nak cerita bisnes, jadi panjang lebar dan boring pulak.
Siapa yang mudah terasa loya, jangan baca lebih lanjut lagi
Kini saya terpaksa tangguh semua pelan perjalanan ke Shanghai buat beberapa minggu sehingga saya berpuas hati dengan laporan keselamatan air untuk mandi, dobi, minum dan penyediaan makanan.
Sejak 7 Mac sehingga hari ini, pihak Majlis Bandaraya Shanghai telah mengangkut keluar sebanyak 16,000 bangkai babi dari Sungai Huangpu. Sungai ini melalui Bandaraya Shanghai dan menjadi salahsatu SUMBER UTAMA AIR PAIP untuk penduduk di situ.
Sumber berita saya ada banyak tapi rasanya yang ini paling komprehensif dalam hal ini : http://www.guardian.co.uk/world/2013/mar/29/dead-pigs-china-water-supply
Saya tak terperanjat bangkai babi ini akan mencecah sehingga 50 ribu dalam masa 2 minggu lagi. Menurut data, setiap tahun sekurang-kurangnya 300,000 babi peliharaan akan mati dan sebahagiannya akan dibuang secara haram ke dalam anak-anak sungai Huangpu dari kawasan Jiapingtang, Jiaxing dan Jingxiang. Penguatkuasaan masih lembab dan banyak rasuah.
Tak kiralah apapun jenis bangkai binatang, apabila terlalu banyak yang terapung di atas sungai, pasti akan mengundang pelbagai jenis virus dan bakteria yang akan merebakkan pelbagai jenis penyakit. Apatah lagi kalau sungai ini menjadi sumber air paip. Sesiapa yang sensitif, akan mudah terkena penyakit.
Baru-baru ini AIRASIA telah melancarkan penerbangan terus ke Pudong Shanghai. Jadinya ramailah yang berebut-rebut untuk ke Shanghai dengan tambang murah. Sebelum ini, penerbangan AIR ASIA hanya terhenti di Hangzhou, yakni bandar peranginan bersejarah dalam 200km di selatan Shanghai. Dari Hangzhou, untuk meneruskan perjalanan melawat Shanghai, orang Malaysia akan menggunakan khidmat bas ekspress, teksi, van dan keretapi.
Untuk pelancong ke Shanghai ini, saya menasihatkan membeli air BOTOL banyak-banyak untuk mandi dan minum. Tapi persoalannya, ADAKAH RESTORAN menggunakan air botol untuk memasak dan membancuh kopi atau teh bunga?
Buat masa sekarang ... pandai-pandai lah.. ye. Atau tunggu sahaja buat sementara waktu ini sehingga keadaan lebih mengizinkan.
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
---------------------------------------------------------------------------------
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment