Sunday, March 31, 2013

Re: RG2011... Edar buku biografi Rosmah di sekolah satu cadangan gila!

 

ade orang nak bace ke? tak sio teman....

2013/4/1 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 


Oleh RAYUSA 

KETIKA rakyat marah dan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah dalang tragedi Lahad Datu, mantan Perdana Menteri itu seperti "menyimbah minyak ke atas api kemarahan" tersebut apabila mencadangkan buku mengenai Datin Seri Rosmah Mansor, Biografi Rosmah Mansordiedarkan ke sekolah seluruh negara sebagai pedoman generasi akan datang.

Sudahlah rakyat memarahi dan membenci Rosmah, Mahathir membuak-buakkan lagi perasaan itu. Ternyata beliau membela Rosmah yang menjadi antara punca utama kebencian rakyat terhadap kerajaan Umno-BN.

Mahathir mengaku beliau selalu menyebut pemimpin negara kita wajar menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.

Bagaimanapun, lihatlah dahulu siapa individunya. Amat mengejutkan apabila beliau menganggap Rosmah adalah pemimpin negara. Apakah Mahathir tidak sedar Rosmah hanya isteri Perdana Menteri (yang telah "luput tarikh"), Dato' Seri Najib Tun Razak?

Ketika melancarkannya di Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu, Mahathir berkata Biografi Rosmah Mansor setebal 180 halaman itu baik untuk dijadikan pedoman generasi baharu 100 atau 200 tahun akan datang.

Penerbit buku yang ditulis Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak berharga RM150 senaskhah itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosinya sebagai usaha membendung "penipuan dan cemburu" terhadap Rosmah.Jelas Mahathir, beliau bersimpati dengan Rosmah kerana dirinya sendiri pernah menjadi sasaran "penipuan" dan "serangan". Tambahnya, beliau menerbitkan memoir dan menulis perkara yang benar semasa menjadi pemimpin. Namun, beliau mendakwa, orang masih berbohong mengenai dirinya.Tiada siapa yang mencemburui Rosmah, sebaliknya orang marah! Menerusi buku biografinya itu, Rosmah berpeluang menjelaskan bahawa beliau tiada di tempat pembunuhan Altantuuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006.Kata Rosmah, beliau takut untuk berada di tempat yang didakwa sebagai lokasi pembunuhan berkenaan di Puncak Alam, Shah Alam. Dakwanya, bagaimana mahu membunuh orang sedangkan dengan cicak pun beliau takut.Rosmah juga mengakui beliau takut gelap. Jadi, tentu beliau takut, apatah lagi mendaki bukit di lokasi pembunuhan itu.

Rosmah memberi alibi pada malam itu beliau berada dalam majlis berbuka puasa di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bersama pegawai polis, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan yang dipercayai seorang pegawainya.
 

Jelas Rosmah, beliau berada di situ dari lewat petang hingga tengah malam kerana berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih, serta moreh. Dalam tulisan berbentuk soal jawab itu, Rosmah mengatakan beliau banyak saksi.

Jika pun benar Rosmah tidak berada di lokasi pembunuhan Altantuuya, beliau masih boleh memberi arahan. Jadi, misteri ini hanya akan terbongkar jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti!
Isu berkenaan timbul ekoran dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamarudin dalam satu akuan berkanun bahawa beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuuya dibunuh.

Raja Petra membuat pengakuan bertarikh 18 Jun 2008 itu ketika perhatian tertumpu pada kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008.

Dalam satu wawancara yang disiarkan TV3 sejurus sebelum Pilihan Raya Dun Sarawak pada April 2011, Raja Petra menjelaskan beliau tidak pernah menuduh Najib dan Rosmah terbabit dalam kes pembunuhan Altantuuya.Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri. Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 4 April 2009.Di mana kewarasan Mahathir sehingga sanggup mencadangkan Biografi Rosmah Mansor itu didedarkan ke seluruh negara? Rosmah langsung tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh, apatah lagi diteladani generasi akan datang. Beliau wanita yang didakwa boros menghabiskan wang rakyat. dan terpalit dengan isu cincin permata bernilai RM24 juta.

Alasan membela diri yang diberikannya pula berubah-ubah. Pertama, Rosmah memberitahu cincin itu dibawa ke negara ini dengan kapal terbang dari New York pada 16 April 2011 untuk dilihat bakal besannya, Maira Nazarbayev, dan dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu pada 13 Mei 2012.


Apabila kerap dipersoalkan dan diragui, Rosmah memberi alasan menabung dari kecil untuk membeli cincin tersebut. Apabila dianggap tidak logik juga, beliau memberi alasan hanya melihat cincin itu. Beliau bersumpah cincin itu tiada padanya.
Jadi, wajarkah orang yang berdolak-dalik dijadikan contoh teladan? 




--

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment