Sunday, March 31, 2013

RG2011... SAH! Jutawan Wanita Yang Ditahan Di Mekah Adalah Isteri Ashaari Dan Lima Anaknya

 


SAH! Jutawan Wanita Yang Ditahan Di Mekah Adalah Isteri Ashaari Dan Lima Anaknya | Kuala Lumpur –  Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Tinggal tanpa permit

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat'am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.

Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.," katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

"Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat," katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi. (Berita Harian) via Mynewshub

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment