Friday, March 15, 2013

Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH

 

Salam alaik,

Sila baca artikel ini dan cuba fahamkan isinya baik-baik.


Perkara yang berlaku di Sabah hanya memperkukuhkan lagi bahawa budaya Melayu masih kuat dengan suka menanti saat berlakunya sesuatu yang buruk, barulah nak buat tindakan. Ini namanya kecuaian pada tahap tertinggi, lalu mengakibatkan pencerobohan. 

Apa dah jadi dengan Risikan Keselamatan? Kan Rasulullah sudah menasihati kita semua untuk sentiasa awas dan memperkukuhkan pertahanan.

Baik BN mahupun PR, selagi ada Melayu di dalam kedua-dua kelompok itu yang masih memegang kuat budaya cuai dan salah keutamaan, maka selagi itulah bermacam-macam lagi perkara buruk akan berlaku. Dah banyak telahpun berlaku.

BN dan PR sibuk bergaduh-gaduh nak pegang kuasa dan sumber negara TAPI CUAI menjalankan tanggungjawab !

Masing-masing nak salahkan pihak berlawanan - kata Mahathir sebagai punca dan kata Anwar sebagai dalang. 

Yang sebenarnya masing-masing sangat CUAI ! Sepusat sepusing !

Akibatnya rakyat Sabah dapat bahana.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 15, 2013 12:23 PM
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH

 
Kalau mat bom ada ic pun dia br datang semalam ka? ada dia letak dalam resume dia pengganas wannabe ka?



2013/3/12 lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
 
Masuk kat rumah ko jer shred...engko tahu tak.. kebanyakan penggansa sulu yang ditembak mati memiliki IC termasuklah dalang sebenarnya bukan setakat IC malah jadi ketua bahagian UMNO lagi...warga Lahad Datu semua kenal siapa "Mat Bom"...

--- On Sat, 9/3/13, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:

From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Saturday, 9 March, 2013, 1:42 PM

 
IC apa kawan????? semua penceroboh tu dah dapa IC ke? nak dapat ic masuk elok2 lah kawan. duduk sini dulu.. bagi cukup kelayakan.


2013/3/7 Arif Hafizam Hmzah <harif802@yahoo.com>
 
Dah kasi Ic,tu yang orang lain pun masuk sebab boleh dapat IC free


From: mohammed faudzir hussein <jedfaudzir@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, March 7, 2013 9:16 AM
Subject: Re: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH

 
tak sangka ada ramai orang yang pandai.... buat macam2 andaiaan tentang pencerobohan d Lahad Datu.  Komen saya satu saja , kalau orang asing masuk negara orang tanpa dokumen yang sah, bersenjata dan membunuh rakyat kita terang2 dia ada lah penceroboh
dan pembunuh..takan pula jemputan Kerajaan kita. Apa2 pun jangan mempersendakan maruah dan keselamatan Negara.
--- On Tue, 3/5/13, NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com> wrote:

From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
Subject: RG2011... TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, March 5, 2013, 6:20 AM

 
 
 
TUN MAHATHIR PUNCA KEGANASAN DI SABAH
PDF
Print
E-mail
 
Written by Admin   
Tuesday, 05 March 2013 16:45
Oleh : DATUK SERI WILFRED BUMBURING
SAYA menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.
 
Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.
Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.
 
Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya; di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.
 
Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam.
 
Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.
 
Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.
 
Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
 
Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.
 
Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.
 
Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.
 
Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya.

  •  
·          
    • and 2 others liked this.

Add New Comment

  •  
  •  

Showing 18 comments

  •  
joncromok
Orang Sabah juga yg pelihara pendatang...
Kasih jual itu tanah sama pendatang
Kasih sewa itu kadai sama pendatang
Kasih sewa itu permit sama pendatang
Kamu apply lesen sama kerajaan lepas tu kasih sewa sama pendatang
Apa pendatang jual kamu berpusu pusu pigi beli
Kamu Ada kedai makan,Ada kilang atau apa saja bisnis semua pendatang kamu ambi
Ba siapa yang bodoh....
·          
    •  
    •  
  •  
  •  
lugussarayo
... emm..fakta yg logik dan boleh difikir2kan..
  •  
  •  
seladang
sangat setuju... kita sdg 'menikmati' hasil pemberian projek ic... yg lucu, media2 masa kerajaan berhabis memainkan isu konon ada 'tangan' tersembunyi pembangkang yg menyebabkan pencerobohan ini... mungkin utk mengelak rakyat drpd bercerita mengenai sempadan yg mudah dibolosi...
  •  
  •  
bermaharaja
Takkanlah Anwar dan Jefry yg bersalah kalau sempadan berjaya ditembusi.
Sebab kawalan sempadanlah punca utama masalah ni.
Segelintirnya pula ada ic mykad.
Takkan ic ni pun Anwar dan Jefry yg beri.
Rakyat pandai fikir...dn bijak buat analisa.
  •  
  •  
bermaharaja
Siapa2 yg terlibat dgn pemberian ic palsu jgn sekali kali undi.
Itulah antara punca kematian anggota PDRM.
Tak guna sokong ketua petualang negara.
Jgn sekali kali undi. 
Bukti sudah jelas.
  •  
  •  
bermaharaja
Kenapa bukan yg buat ic projek yg mati kena tembak...
Lain pula jadi mangsa....kurang ajar.
  •  
  •  
teramatterharupprt
suru tarik ba kerakyatan tu...termasuk anak dan cucu mereka baru usir....lama2 ramai yg pembawa masalah dan kes jenayah kalau tak tarik balik, orang cakap penganas yg terbunuh di Semporna ada My Kad, ini kerja BN UMNO di Semporna utk kekal kuasa, kerana pengundi ini tak tahu apa2, janji ada my kad mereka undi timbangan ( BN ) akhirnya membunuh anggota keselamatan kita..Takziah pd keluarga mereka...( PDRM )





--




--



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (13)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment