Friday, March 8, 2013

RG2011... 10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan

 



--- On Thu, 7/3/13, lynn yunus <lynn_azm@yahoo.com> wrote:

From: lynn yunus <lynn_azm@yahoo.com>
Subject: Fw: RG2011... 10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan
To: "mis ada" <misada05@yahoo.co.uk>
Date: Thursday, 7 March, 2013, 18:29

Kalau Cte Hindustan & Tamil Pulak Lain....
 
1. Hero (Contoh Vijay @ Salman Khan - Badan Kecik Je) Lawan Tanpa Senjata Dengan Lebih 20 Orang Penjahat Yang Bersenjatakan Parang. Penjahat Acu Parang Hero Sempat Mengelak. Terus Tumbuk Penjahat. Sekali Tumbuk 4-5 Orang Penjahat Terpelanting Jauh. Kena Cermin Kereta & Pecah.
2. Walaupon Hero Kena Pukul Teruk & Pengsan, Bila Dia Dengar Awek Datang & Seru2 Nama Dia, Dia Terus Bangun & Secara Automatik Jadi Superhero, Dan Terus Pukul Mati Semua Penjahat.
3. Biasanya Ketua Penjahat Akan Mati Di Akhir Cerita. Bila Cerita Dah Abih Kereta Polis Pon Sampai. Dan Gari Mana2 Penjahat Yang Masih Hidup. Penjahat2 Yang Mati Pulak Dibiarkan Mati DiHurung Lalat. Heran Pulak Sape Yang Dok Gatai Panggil Polis? Polis Pulak Sampai Time Penjahat2 Semua Dah Kalah.. Hahahahahaha

 
----- Forwarded Message -----
From: wanyusri wanchik <wanyusri84@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 1, 2013 1:36 PM
Subject: Re: RG2011... 10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan

 
12.  dalam cerita gerak khas.. polis jarak 50meter. acu pistol sambil menjerit..  "Kami Pulis! Angkat tangan".  nampak macam tak logik ja..  bunyi pistol dan ricochet yang sama.. 

2013/2/28 cindacomel <cinda_comel@yahoo.com>
 
nak tambah gak..Nak tido pun, makeup tebal gler hikhik..


From: TigoQaqiqu <zz3qaqiqu@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, February 28, 2013 8:37 AM
Subject: Re: RG2011... 10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan

 
11.kalau bisnesman atau org kaya pakai kot siang malam


From: Garfield jassmine <jassmine9996@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, 26 February 2013 12:02 PM
Subject: RG2011... 10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya bagi yang suka menonton drama melayu di televisyen sering kali melihat adegan – adegan yang kita rasakan tak logik tapi seringkali dilakukan oleh pelakon-pelakon di Malaysia.. betul tak? haha, di sini ada 10 adegan tak logik dalam drama tv tempatan .. check it out~
 
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.. "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda..Seorang lelaki bekerja di pejabatnya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar..Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat.. Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang..(Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.. Tapi sekarang dah tak kan? ekeke
P/s: ade lagi nak tambah? ekeke
Dipetik dari nizarazu








__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment