Tuesday, March 19, 2013

RG2011... Fw: Kenali sakit kepala yang berbahaya

 



Kenali sakit kepala yang berbahaya


Soalan:
Saya sering berasa pening tetapi setelah beberapa minit, rasa pening itu hilang.  Saya mengalaminya setiap hari.  Kadang-kadang di sebelah kiri kepala, kadang-kadang di sebelah kanan malah kadang-kadang sakit di sebelah kiri dan kanan.  Adakah itu pening biasa atau gejala penyakit tertentu?  Mohon penjelasan. Terima kasih.
Ari


Jawapan:

Hai, Ari.

Sakit kepala ialah rasa sakit yang dirasai pada setiap bahagian di kepala termasuk kulit kepala, wajah dan di dalam kepala. Sakit kepala ialah gejala yang paling sering menjadi penyebab untuk pesakit berjumpa doktor.
Penyebab sakit kepala boleh dibahagikan kepada dua iaitu punca primer dan punca sekunder (disebabkan gangguan lain).

Sakit kepala primer termasuklah migrain, sakit kepala kelompok (cluster headache) dan sakit kepala akibat ketegangan. Yang paling biasa ialah migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.

Ada beberapa aspek yang harus dikenal pasti dalam masalah anda iaitu:

Sejarah penyakit: di mana sakitnya, berapa lama, tahap kesakitan, bagaimana kesakitan bermula (secara tiba-tiba atau beransur-ansur sakit) dan apakah ciri-ciri kesakitan (adakah sakit mencucuk-cucuk, berasa seperti ditekan atau berdenyut-denyut). Apakah yang dapat meringankan atau memburukkan sakit kepala (misalnya, bunyi bising, aroma tertentu, mengunyah makanan, posisi kepala dan tidur).

Berdasarkan pemeriksaan fizikal, perkara berikut juga perlu diperhatikan:
- adakah muntah
- demam
- mata merah atau gangguan penglihatan
- kejang
- pitam

Sejarah kesihatan pesakit dan keluarga juga perlu diambil kira.

Pemeriksaan fizikal merangkumi pemeriksaan tanda-tanda penting dan keadaan anda secara umum, juga pemeriksaan di bahagian kepala.

Berikut adalah ciri-ciri sakit kepala yang paling biasa dialami:

Migrain: biasanya menyerang di sebelah bahagian kepala, berdenyut-denyut selama beberapa jam.  Kadang-kadang pesakit berasa mual dan pening apabila melihat cahaya atau mendengar bunyi bising.  Rasa sakit semakin teruk ketika melakukan aktiviti dan biasanya reda setelah pesakit berehat.

Sakit kepala akibat ketegangan: sering berlaku, tidak begitu teruk serta menyerang di kedua-dua belah kepala dan sering merebak ke seluruh kepala.

Jika sakit kepala dengan ciri-ciri yang sama terjadi berulang kali pada pesakit yang keadaan kesihatannya secara umum baik dan pemeriksaan ke atasnya menunjukkan keadaan normal, biasanya ia tidak berbahaya walaupun puncanya tidak diketahui. Dalam keadaan ini, pesakit hanya diberikan ubat tahan sakit.

Walau bagaimanapun, segeralah dapatkan rawatan apabila muncul tanda-tanda berikut:
- sakit kepala yang amat kuat yang menjadi teruk dalam masa beberapa saat sahaja
- perubahan pada sistem saraf, misalnya pitam atau lemah pada beberapa bahagian tubuh
- sakit kepala setiap hari dan kesakitannya semakin teruk dengan cepat
- berat badan berkurangan dengan cepat, disertai demam panas.

Dr. Alan Goni

www.meetdoctor.com

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment