Wednesday, March 20, 2013

RG2011... Fw: Kisah Pengislaman Adam Corrie

 



Kisah Pengislaman Adam Corrie: Dibawa Melihat Keindahan Syurga


Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.

Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di sayaurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya di Baitullah Makkah :)

Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.




comments:

Anonymous said...

Subhanallah...Alhamdulillah...allahuakbar..

Ammy Hassan said...

Alhamdulillah serta syabas buat Adam Corrie. Anda kini suci bersih seperti lahirnya seorang bayi. Namun, bersih itu ada Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan seterusnya Bersih 3.0. Dan seterusnya dan seterusnya! Ia tak selama-lamanya begitu dan bukan lesen untuk kita mencemarkannya dengan titik-titik noda baru. Berilmulah, berimanlah dan beramallah. Ia menjadi pedoman hidup kita selamanya. Jangan tinggalkan Allah (Solat) andai kita tidak mahu Dia tinggalkan kita. Itu senjata buat kita yang menjadi pelindung dan pembela kita. Setiap langkah hendaklah menuju ke Syurga bukan sebaliknya. Moga kita semua mendapat taufik dan hidayah terus dari Allah swt Tuhan Semesta Alam. Undilah Pakatan Rakyat. Amin!

Anonymous said...

Barakallah tabarakallah

yusof ali said...

Alhamdulillah, kami menerima Adam Corrie dgn hati terbuka dan penuh kesyukuran kerana memeluk Islam.

insafdah said...

aku yang dah 40 tahun islam tak sampai lagi ke mekah.....ya allah ampunkanlah dosa dosaku....

Anonymous said...

Ya Allah sampaikan kakiku ke mekah tahun ini

Anonymous said...

Assalammu'alaikum

insafdah jangan lah gundah anakanda, kerana umur mu 40th jauh lebeh muda dari tokwan......
Tokwan nak nasihat sikit, sesungguhnya Islam agama fitrah semua dilahirkan kedunia dalam keadaan fitrah, sebab itu dalam Al Quran ada disebut antara maksudnya "...anak-anak dilahirkan dalm keaadan fitrah, maka ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka, yahudi, nasarah atau majusi. Allah tak menyebut Islam.... " dari fahaman tokwan dari beberapa kuliah dan ustaz kita dalam keadaan fitrah hingga akhil baligh.
Islam adalah agama hidayah, HANYA ALLAH DAPAT MEMBERI HIDAYAH, Corie telh mendaptnya, kita perlu banyak mencari ilmu, beramal soleh dan bertaqwa serta berdoa untuk mendapat hidayah. Islam BUKAN AGAMA WARISAN atau KAD CPENGENALAN.

TOkwan doakan semoga semua kita mendapt hidayah Allah dan menjadi Islam yang sebenar-benarnya YAKIN SECARA TOTAL terhadap Al-Quran dan Sunnah. In syaa Allah.

Tokwan perak (masih mengharapa rahmat Allah)

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment