Monday, March 18, 2013

RG2011... Fw: Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati Terapung Di Lautan

 



 

Bala sudah meninggal...


 
Pengakuan Cecil Abraham wajib di siasat

Akhirnya peguam kanan yang dikatakan menyediakan 'draft' akuan bersumpah ke2 mendiang PI Bala sudah di ketahui umum. Beliau sebagaimana yang di syaki ialah Tan Sri Cecil Abraham. Ini telah di dedahkan oleh peguam PI Bala, Americk Sidhu yang juga orang yang telah menulis 'draft' akuan bersumpah PI Bala yang pertama dahulu. Pendedahan Americk tentang pengakuan Cecil Abraham kepada beliau itu di buat semasa mesyuarat agong tahunan Majlis Peguam semalam.

Americk Sidhu telah mendedahkan yang beliau di temui oleh Cecil Abraham dua minggu lepas meminta maaf kerana telah menyediakan 'draft' akuan bersumpah yang kedua PI Bala yang telah menarik balik akuan bersumpah Bala yang telah di sediakan oleh Americk sebelum itu. Cecil Abraham telah meminta Americk merahsiakan pengakuannya itu. Beliau telah mengaku kepada Americk yang beliau telah menyediakan 'draft' akuan bersumpah kedua itu atas arahan Perdana Menteri, Najib Tun Razak (semasa itu Timbalan Perdana Menteri).

Pada mulanya Americk Sidhu telah bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan pengakuan Cecil Abraham kepada beliau (Americk Sidhu) tetapi oleh kerana memikirkan kemahuan PI Bala untuk melihat keadilan terlaksana, maka beliau mengambil keputusan untuk mendedahkannya.

Americk berharap pihak yang berkuasa akan membuka kes pembunuhan Altantuya semula kerana dua orang pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah di hukum gantung kerana membunuh wanita Monggolia itu yang mereka tidak kenal. Dalam perbicaraan kedua-dua anggota Polis itu tidak ada di persoalkan 'motive' pembunuhan yang dilakukan oleh kedua-dua yang di dapati bersalah itu.

Americk meminta penyiasatan semula dilakukan dengan pengakuan Tan Sri Cecil Abraham ini kerana ia merupakan isu yang sangat besar. Peguam kanan itu telah membuat pengakuan yang beliau membuat 'draft' akuan bersumpah kedua untuk PI Bala itu di atas arahan Perdana Menteri.

Apa yang menyebabkan Perdana Menteri mengarahkan Cecil Abraham menyediakan 'draft' akuan bersumpah kedua itu? Dalam pada itu salah seorang ahli Majlis Peguam, Fadiah Nadia Fikri akan membuat lapuran Polis meminta pihak yang berkuasa membuat penyiasatan ke atas pengakuan Cecil Abraham itu. Ia melibatkan pembunuhan seorang wanita Monggolia dan isu ini perlu di siasat sehingg ke akar umbinya.

Apa yang dilakukan oleh Cecil Abraham itu amat besar kesalahannya dan perkara ini tidak patut di diamkan sahaja kerana ia akan menambah pencemaran terhadap sistem perundangan dan juga sistem kehakiman negara kita.

Rakyat ingin tahu dan keluarga mangsa pembunuhan itu tentunya mahukan kebenaran kenapa ahli keluarganya di bunuh dengan begitu kejam. Rakyat mahu tahu kenapa kedua-dua anggota keselamatan yang bertugas dengan Najib dan keluarganya itu membunuh orang yang mereka tidak mengenalinya.

DAN yang paling pentingnya kenapa Sirul Azhar dan Azilah tidak di persoalkan motif mereka melakukan pembunuhan itu? Seorang wanita telah di bunuh tanpa di ketahui kenapa dia di bunuh dan ini merupakan pencemaran terhadap sistem perundangan yang selama ini telah di cerobohi sejak pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Kes ini perlu di selesaikan 'once and for all'.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment