Friday, March 22, 2013

RG2011... ~~~Hanya Ujian~~~

 


Hidup merupakan ujian dan ujian adalah  berbeza-beza. 
Kekayaan, kemiskinan, kesihatan tubuh badan, sakit, 
sempurna  atau  cacat  anggota  badan,  kecerdikan, 
kecantikan rupa paras dan sebagainya adalah ujian.

Dalam menghadapi ujian ada manusia bersifat takut,
keluh kesah, tidak tenteram. Tidak kurang yang ada
perasaan  sombong angkuh, tidak puas, hasad dan
dengki  yang  mana  akan  membuatkan  jiwa tidak
tenang.

Secara ringkasnya penawar rasa tidak tenang adalah
sifat  sabar  dan  syukur juga  ingatlah Allah swt 
mengurniakan rezeki kepada menusia dalam pelbagai
bentuk dan rupa.

Ujian  juga  adalah  tarbiah dari Allah swt, bagaimana
kita menghadapinya sewaktu dalam ujian. Semuanya
telah Allah aturkan untuk hamba-Nya. Jangan fikirkan
segala  musibah  atau  penderitaan yang dialami akan
berpanjangan,  yang  mana  akan  membawa  kepada
putus  asa  pada  Allah swt.  Yang  penting bersabar,
berusaha, berdoa selebihnya berserah pada-Nya.

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya 
setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak 
berlaku  melainkan  kepada  orang mukmin.  Sekiranya dia 
diberi  dengan  sesuatu  yang  menggembirakan  lalu  dia 
bersyukur  maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila 
dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." 
(Hadis riwayat Muslim)

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment