Tuesday, March 5, 2013

RG2011... Malaysia perlu hati2 dgn pemberontak Thai juga

 

Sempadan Malaysia-Thai di Kelantan dikawal ketat


5 Mac 2013


Beberapa anggota tentera daripada Rejimen Sempadan ATM mengawal kawasan operasi "Ops Wawasan" di Bukit Lata yang bersempadan dengan Mundok, Thailand hari ini. - Foto Bernama


Polis Marin Malaysia melakukan rondaan di Sungai Golok ini bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.. - Foto Bernama

TUMPAT -  Kawalan ketat pihak keselamatan telah dapat mengekang cubaan kumpulan pemisah di selatan Thailand menyusup masuk ke negara ini menerusi sungai Golok di Kelantan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
    
Jalaluddin berkata, walaupun pihaknya telah menyerahkan tugas kawalan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia tahun lepas, pihaknya masih meneruskan rondaan melalui polis marin yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, di  sini.
  
"Kita juga meningkatkan kerjasama dengan polis marin Thailand yang turut mengadakan rondaan bersama serta mengadakan perbincangan setiap tiga hari bersama pihak berkuasa negara jiran itu bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan aspek keselamatan kedua-dua negara.
   
"Selain itu, ketua polis daerah di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat turut menjalinkan hubungan baik dengan ketua polis daerah Sungai Golok dan Narathiwat di Thailand bagi mendapatkan maklumat keselamatan semasa di negara  tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau sebelum itu melakukan rondaan dengan menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Golok yang turut disertai pengamal media, bagi melihat sendiri kawalan keselamatan di kawasan sempadan berkenaan.
   
Mengulas laporan akhbar hari ini mengenai pembentukan beberapa kumpulan pemisah baharu di wilayah itu, Jalaluddin berkata pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan kumpulan terbabit.
   
Akhbar hari ini melaporkan beberapa kumpulan baharu pemisah dibentuk kerana menolak keputusan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mengadakan perundingan bagi menamatkan kempen senjata.
   
Pada 14 Februari lepas, akhbar melaporkan sebanyak 17 pemberontak daripada BRN maut dalam  pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand.
   
Sementara itu, Jalaluddin berkata enam pegawai dan sembilan anggota unit jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen  Kelantan serta enam anggota polis marin telah dihantar ke Sabah bagi membantu menangani krisis pencerobohan di Lahad Datu.
   
"Ia adalah permintaan daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia bagi membantu pasukan di sana,"  katanya.
   
Setakat ini, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban -- dua di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan enam di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna -- sejak insiden pencerobohan di Sabah itu dilaporkan pada 12 Februari lepas. - Bernama

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment