Tuesday, March 19, 2013

RG2011... Pabila Bekas Perwira Bagi Warning..

 

by Keadilan Daily

Amaran Kobat: Umno perlu hentikan propaganda jahat dalam isu Lahad Datu

KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)

Berlanjutan daripada kenyataan Jamalul Kiram III yang mengerahkan anak-anak buahnya untuk meneruskan peperangan gerila terhadap pasukan keselamatan kita, KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) bersetuju dan menyokong penuh kenyataan pihak keselamatan negara Polis dan Tentera yang bersedia untuk berdepan dengan musuh dengan apa cara sekalipun.

Bumi bertuah negara ini wajib dipertahankan walau apa pun keputusan dari pihak penceroboh. Rakyat wajib menyokong penuh pasukan keselamatan kita tanpa mengira fahaman politik.

Walaupun pada pendirian kami, tragedi ini tercetus akibat kegagalan dan kecuaian pimpinan politik mengawal keselamatan negara namun ‘nasi telah menjadi bubur’.

Kita tiada pilihan lain kecuali bersama dengan pasukan keselamatan Polis dan Tentera untuk ‘melangsaikan’ musuh-musuh secepat mungkin. Pimpinan politik yang ‘tidor’ selama ini bakal kita hukum di dalam PRU ke-13 akan datang.

KOBAT mengingatkan pimpinan Umno terutamanya jangan cuba ‘bermain politik’ di dalam menangani aspek keselamatan negara.

Media-media di bawah kawalan Umno/Bn diberi amaran agar hentikan saja propaganda atau hasutan jahat mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat untuk melindungi kelemahan mereka mengurus keselamatan negara.

Sekiranya mereka masih memainkan sentimen ini untuk memburuk-burukkan pembangkang, kami bersedia untuk menjawab tuduhan mereka agar rakyat sedar siapakah yang sepatutnya dipersalahkan.

Jangan nanti kami dituduh mempolitikkan isu di Lahad Datu sedangkan pihak Umno-BN saban hari membuat tuduhan tidak berasas kepada pembangkang.

Akhir sekali, KOBAT menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada semua warga tentera dan bekas tentera dan Polis agar sentiasa berdoa supaya pasukan keselamatan kita sentiasa diberikan kekuatan, semangat dan kesabaran oleh Allah SWT di dalam berhadapan dengan musuh negara.

Wan Fauzuldin Wan Samad
Penyelaras
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment