Monday, March 18, 2013

RG2011... Program Motivasi Jom ke Masjid bersama D’Harung 4X4 Adventure Team.

 

Program Motivasi Jom ke Masjid bersama D'Harung 4X4 Adventure Team.

dharung

 

Assalamualaikum WBT,

Kebiasaannya aktiviti sukan 4X4 ini lebih tertumpu kepada meredah hutan belantara dan mencabar halangan dengan menggunakan 4X4 dalam mencari kepuasan dan keseronokkan. Bagi yang kurang berminat dengan aktiviti ini biasanya akan mencemuh dengan berkata, ianya merosakkan hutan, jalan elok kerajaan dah buat pergi ikut jalan hutan, dan bermacam lagi kutukan yang biasa kedengaran.

20130309_140217

Untuk trip 4X4 yang terbaru, D'Harung 4X4 Adventure Team sekali lagi bekerjasama dengan Biro Pemuda Masjid As-Shariff, Dengkil telah menganjurkan program Jom ke Masjid melibatkan remaja yang baru akil baligh dalam lingkungan umur 14-18 tahun. Apa kena mengena Jom ke Masjid dengan meredah hutan belantara?

20130309_171352

Inilah kelainan yang kami ingin buat. Untuk mengajak remaja peringkat usia tersebut ke masjid secara direct, memang satu perkara yang sangat sukar. Berbagai-bagai cara telah diusahakan untuk mengumpulkan mereka namun menemui jalan buntu. Akhirnya, tercetus idea untuk membawa mereka beriadhah masuk kedalam hutan dan satu program motivasi khusus diatur untuk mereka sepanjang program ini.

Program motivasi ini bercorak santai dan perbincangan secara hati ke hati mudah untuk dilakukan. Dalam kesempatan itu juga kami melihat cara mereka bersolat dan mengambil wudhuk serta banyak teguran yang bertujuan untuk memperbaiki mereka dapat disampaikan dan mereka lebih fokus memberi perhatian atas setiap patah perkataan yang disampaikan. Ini berbeza dengan program-program bercorak formal yang mana, sebilangan mereka yang 'handal' ini langsung tidak berminat untuk mengambil bahagian. Namun, program yang kami anjurkan ini nyata dapat mencapai target kami untuk membawa remaja-remaja yang kami kategorikan sebagai 'handal' yang selalu melepak disimpang walaupun disaat azan berkumandang.

20130309_211101

Untuk melihat hasil dengan satu program sahaja memanglah satu perkara yang mustahil. Namun begitu, kesan yang kami dapat lihat, dari 15 peserta yang turut serta, 5 sudah mula bersolat maghrib dan isyak di masjid berjemaah. Yang paling ketara tiada lagi kelihatan mereka melepak disimpang waktu azan berkumandang.

InsyaAllah, kami akan jadikan aktiviti ini berterusan dan apa yang diharapkan adalah sokongan dari semua pihak. Ini kerana aktiviti bersama 4X4 ini menggunakan belanja yang agak tinggi. Bagi saya secara peribadi, dari mengatur program yang lebih kepada memberi keuntungan kepada syarikat yang menjalankannya tetapi hasil yang dikehendaki tidak tercapai adalah satu perkara yang merugikan dan membazir.

Bagi yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan kami, boleh terus berhubung dengan menghantar emel kepada kami di dharungdengkil@gmail.com.


azwandengkil.com 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment