Friday, March 15, 2013

RG2011... Software Risikan dalam Smartphone Android dan Server Internet

 

Salam alaik,

Sila baca artikel dalam link ini


Menurut artikel tersebut, Kerajaan Malaysia dituduh sebagai salahsatu daripada 25 negara yang membeli dan menggunakan aplikasi risikan terhadap rakyat sendiri.

Betul kah tuduhan itu ? Saya tak tahu. Perkara ini perlu diselidik dengan lebih lanjut lagi dan perlu disahkan.

Alasan utama negara pembeli aplikasi risikan itu ialah untuk tujuan merisik dan membenteras jenayah. Tapi boleh digunakan dengan mudah untuk tujuan politik dan untuk menjahanamkan parti lawan.

Pandangan saya

Penggunaan Facebook dan Twitter oleh pekerja semasa waktu pejabat begitu aktif sekali. Checklah masa-masa posting untuk pengesahan. Hal kucing beranak,  aircond rumah rosak, baru beli setokin kesihatan, kongsi video kelakar, harijadi emak, makan ikan bakar, bermadu-kasih dengan Pak Hitam dan jutaan hal lagi. Menimbulkan tandatanya pada saya bila masa mereka buat kerja serta kesan pada mutu kerja mereka apabila kerja terhenti-henti untuk update dan chat. Ia bagaikan ketagihan jenis baru yang patut mendapat rawatan pemulihan.

Bagi saya, aplikasi ini cukup baik untuk kerajaan memantau pengurusan operasi semua kementerian dan jabatan-jabatannya supaya para petugas dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat untuk JANJI DITEPATI. Patut dipasang pada Network Server untuk memantau kerja-kerja para Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengarah Kanan, Pengarah dan Pembantu Pengarah serta semua Setiausaha.

Sangat penting untuk pihak Kerajaan memperbetulkan keadaan petugas-petugas mereka terlebih dahulu sebelum cuba merisik rakyat. 

Software risikan jika digunakan pada rakyat, boleh BACKFIRE. Rakyat yang berang akan membuat keputusan yang cukup memberi kesan di dalam pilihanraya kelak. 
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment