by Keadilan Daily
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Rakyat Malaysia wajar diberi penerangan berhubung kesan perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui Dewan Rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jawapan menteri – peruntukan perjanjian itu rahsia. Saya tahu dalam proses rundingan kita tak boleh dedah, tetapi prinsipnya harus dimaklumkan.
“Rakyat harus diberi maklumat (tentang) kesannya terutama kepada (golongan) perniagaan,” kaa Anwar di Dewan Rakyat semalam.
Justeru beliau membayangkan, peruntukan yang tidak didedahkan itu ‘menekan’ kelompok paling terkesan akibat TPPA, iaitu usahawan bumiputera.
“DPMM (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) bantah dan keluar sidang (taklimat). Ini kerana peruntukan akan bebankan syarikat kecil dan baru termasuk bumiputera,” kata Anwar.
Pada 13 Jun 2013, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit TPPA.
Jelas Anwar, TPPA berbeza dengan FTA (perjanjian perdagangan bebas) kerana pengaruh Amerika dan pemain ekonomi global yang mempunyai modal besar.
“Menteri (MiTi) beri gambaran seolah ia akan dilaksana dalam masa terdekat. (Sedangkan) sampai sekarang kita tak tahu apa termanya,” katanya.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment