Sunday, June 30, 2013

RG2011... Berbual dalam bahasa Inggeris melalui telefon

 

Kadang-kadang, tanpa kita sedari sekarang ini, keperluan untuk kita berbahasa Inggeris semakin meluas. Bukan hendak memperlekeh usaha kerajaan memperkasa bahasa Melayu tetapi inilah realitinya. Elok juga jika kita berjaya kuasai 2 atau 3bahasa sekalipun. Tak rugi.

 

Ada banyak situasi yang memerlukan kita berbahasa Inggeris, sama ada dalam perbualan seharian atau perbualan formal. Bagi saya, secara peribadi, ada 2 situasi yang kerap memerlukan saya berbual dalam bahasa Inggeris secara formal. Selalunya perbualan ini saya lakukan melalui telefon.

 

Pertama, dalam urusan kerja saya, saya kerap membawa client keluar makan di restoran/hotel. Jadinya, saya terpaksa membuat tempahan untuk makan di tempat-tempat ini. Selalunya, bahasa Inggeris yang digunakan.

 

Kedua, juga dalam urusan kerja saya, saya terpaksa ke sana ke mari menghantar buku ke tempat yang saya kurang arif. Selalu jugalah saya sesat! Jadinya, saya terpaksa menelefon tempat tersebut untuk mendapatkan direction yang betul.

 

Di bawah saya berikan contoh perbualan telefon yang boleh digunapakai untuk 2 tujuan di atas. Perbualan ni boleh diubah suai mengikut situasi.

  

 

Contoh perbualan telefon 1: Membuat tempahan di restoran/hotel

 

Liz bercadang untuk menempah meja di sebuah restoran terkenal untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa beliau yang ke-40. Kawan Liz, Shida telah mencadangkan kepada Liz untuk mengadakan jamuan tersebut di Restoran Senja. Untuk memastikan akan ada meja untuk mereka nanti, Liz bercadang untuk menempah meja untuk jamuan itu. Berikut ialah contoh perbualan Liz dengan Tina, penolong pengurus di restoran itu.

 

Liz : Hello. Is that Restoran Senja?

Helo. Itu Restoran Senja?

 

Tina : Hello there. Yes, you have reached Restoran Senja. This is Tina speaking. How may I help you?

Helo. Ya, ini Restoran Senja. Tina bercakap. Bagaimana saya boleh membantu cik?

 

Liz : I am planning to organise a celebration for my parent’s 40th wedding anniversary this Saturday evening.

Saya bercadang untuk mengadakan sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya yang ke-40 malam Sabtu ini.

 

Tina : Wonderful! We would be happy to be the venue for the celebration. May I know what you have in mind?

Bagus! Kami berbesar hati untuk menjadi tempat meraikannya. Boleh saya tahu apa perancangan cik?

 

Liz : I’m sorry. I have never been to your restaurant before so I need to ask a few questions.

Maafkan saya. Saya tak pernah ke restoran anda, oleh itu, saya ada beberapa soalan.

 

Tina : Ok. No problem.

Baiklah. Tak ada masalah.

 

Liz : May I know where your restaurant is located?

Boleh saya tahu di mana letaknya restoran ini?

 

Tina : We are located on the 4th floor at the Suria Shopping Centre at KLCC. It is located next to the Ombak Boutique.

Kami terletak di tingkat empat Pusat Membeli Belah Suria di KLCC. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Butik Ombak.

 

Liz : Oh, ok. I think I know where your restaurant is. What kind of food do you serve?

Oh, baiklah. Rasanya saya tahu di mana letaknya restoran ini. Boleh saya tahu jenis makanan yang dihidangkan di restoran ini?

 

Tina : We serve only authentic Malay food. We have an extensive traditional Malay menu and we can also prepare special menu for your celebration if you would like to.

Kami cuma menyajikan makanan Melayu asli. Kami mempunyai pelbagai menu tradisional Melayu dan kami juga boleh menyediakan menu khas untuk jamuan itu jika diminta.

 

Liz : Great! When are you open?

Bagus! Bilakah waktu operasi anda?

 

Tina : We are open everyday from 4 p.m. till 11 p.m.

Kami dibuka pada setiap hari daripada pukul 4 petang hingga 11 malam.

 

Liz : Are the food served on à la carte style or do you have buffet?

Adakah makanan itu disaji secara à la carte ataupun secara bufet?

 

Tina : We only serve our food on à la carte style.

Makanan kami cuma disajikan secara à la carte.

 

Liz : Is it necessary to make a reservation first?

Perlukah saya membuat tempahan terlebih dahulu?

 

Tina : Yes, I recommend you to make a reservation first as Saturday evening is our busiest time of the week.

Ya, saya cadangkan cik membuat tempahan terlebih dahulu kerana malam Sabtu ialah waktu yang paling sibuk di restoran ini.

 

Liz : Ok, then. I would like to make a reservation for 6 peoples this Saturday evening at 9 p.m.

Baiklah. Saya ingin membuat tempahan untuk 6 orang Sabtu ini pada pukul 9 malam.

 

Tina : Certainly. That would be a reservation for 6 peoples this Saturday evening?

Baiklah. Tempahan untuk 6 orang Sabtu ini pada pukul 9 malam?

 

Liz : Yes.

Ya.

 

Tina : Ok. It’s confirmed then. Thank you for choosing our restaurant for your parent’s anniversary celebration.

Baiklah. Tempahan sudah disahkan. Terima kasih kerana anda memilih restoran kami untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa cik.

 

Liz : You are welcome. Bye.

Sama-sama. Jumpa lagi.

 

Tina : Bye.

Jumpa lagi.

 

Nota

 

1. à la carte – Setiap makanan yang disajikan mempunyai harga yang berasingan dan tidak dijual dalam bentuk pakej.

2. Buffet – Cara makanan biasanya diletakkan di atas meja-meja panjang dan harga yang dikenakan telah ditetapkan tanpa mengira berapa banyak yang dimakan oleh tetamu.

 

 

Contoh perbualan telefon 2: Bertanyakan lokasi

 

Harith telah tersesat ketika hendak menuju ke Syarikat Perintis.

 

Harith : Hello. Is that Perintis?

Helo. Itu Perintiskah?

 

Receptionist : Hello. Yes, this is Perintis. How may I help you?

Ya, ini Perintis. Bagaimana saya boleh membantu encik?

 

Harith : Excuse me. I am lost. Can you give me the direction to your office, please? I am at the Shell petrol station just before the arch.

Maafkan saya. Saya sesat. Bolehkah cik beri saya arah ke pejabat cik?Sekarang saya berada di hadapan stesen minyak Shell sebelum pintu gerbang.

 

Receptionist : Sure. You have to pass the arch. After that, you will come to a traffic light. Take a right turn. Then, you will come to another traffic light. Again, turn right. You will see a row of shoplots on your left. Take a left turn. Then, take the first right. Our office is three shops away from 7-Eleven.

Boleh. Encik lalu di hadapan pintu gerbang itu. Kemudian, encik akan berjumpa dengan satu lampu isyarat. Pusing ke kanan. Selepas itu. Encik akan berjumpa dengan satu lagi lampu isyarat. Sekali lagi, pusing ke kanan. Encik akan dapat lihat di kiri encik ada barisan kedai. Pusing ke kiri. Kemudian, pusing ke kanan yang pertama. Pejabat kami terletak di 3 kedai selepas 7-Eleven.

 

Harith : Is it far?

Jauh tak?

 

Receptionist : No, it’s just a couple of minutes away.

Tak jauh. Cuma beberapa minit perjalanan sahaja.

 

Harith : Thank you very much.

Terima kasih.

 

Receptionist : You are most welcome.

Sama-sama.

 

 

Contoh perbualan di atas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA INGGERIS - PERBUALAN TELEFON. Untuk lain-lain artikel kerjaya dan etiket sosial, sila lawati www.books.perintis.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment