Wednesday, June 26, 2013

RG2011... Fw: Exco Terengganu Meninggal Dunia, PRK Pertama

 



AL FATIHAH... ADUN BN KUALA BESUT meninggal dunia...

 

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu. -mk
Adun Kuala Besut meninggal, pilihan raya kecil pertama

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.
-HD

comments:

Anonymous said...

Mari semua penyokong PR turun ke Terengganu. Pastikan Kuala Besut jatuh ke tangan PR.
Sama-sama kita pastikan SPR menjalankan tugasnya dengan nawaitu Lillahita'ala.

Anonymous said...

jika ada pilihanraya kecil berlaku, aku hanya nak tengok perangai spr jer...dah beerubah atau masih macam tu jugak

 

 
----- Original Message -----
Sent: Sunday, May 12, 2013 1:30 PM
Subject: Fw: MB ganu Mula Tekan Rakyat Yang Sokong Pakatan


MB Terengganu Mula Tekan Rakyat Yang Sokong Pakatan


MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - Bernama

comments:

Anonymous said...

Cantik muka kau mb trengganu

Anonymous said...

Umno perlu teruskan pembangunan tanpa kira kawasanumno atau tidak .. kena ingat . Golnganpertengahan dan anak muda tak macam ornag tua ..umno akan di anggap rasis umno bukan lagi rasis kaum.zaman mengugut telah berakhir.ini zaman tunjuk baik.kita taku gelombang tsunami melayu muda dah kelas pertengahn akan berlaku nanti. Please teruskan pembangunan di seluruh terengganu.

bunbinban said...

politik zaman batu. Politik ketuanan melayu umno. Hanya umno je melayu...hahaha

Anonymous said...

Inilah sikap seorang melayu yang bengong dan bodoh ,adakah beliau sedar apa yang diucapkan itu, bukankah mandat yang diberi oleh rakyat untuk mentadbir Negeri bukannya kawasan DUN Pilihan Raya, jika seorang MB yang diberi watikah oleh Tuanku Sultan untuk menjalankan urustadbir Tuanku kepada rakyat tapi apa yang cuba nak lakukan oleh MB bodoh nie hanya untuk rakyat yang sokong UMNO saja apakah yang tidak sokong UMNO itu bukan rakyat Terangganu dibawah perentah Tuanku Sultan Terangganu,inilah yang dikatakan MB ini seorang MB yang tidak ada ilmu untuk mentadbir Negeri ,Oleh itu kami rakyat Terangganu mohon kepada Tuanku tolong perbetulkan apa yang diucapkan oleh MB tuanku yang bodoh ini yang berucap sebaik saja dia bersumpah terima jawatan dihadapan Tuanku, agar kesejehteraan rakyat Tuanku mendapat pembelaan sewajarnya ,bukan mengugut untuk epentingan Politik sempit beliau.

abuamir said...

Paling saya tak faham jika ada penipuan undi di terengganu kenapa PAS tak buat petisyen di makamah. Jgn benarkan mb haram ni terus bermaharajalela dgn segala penipuan. Lawan tetap lawan. Adakah kita bersedia ditipu utk PRU14 nanti?

Org islam tidak dipatuk dua kali dari lubang yg sama kata nabi SAW.

Anonymous said...

Perangai sehodoh wajah

Anonymous said...

Itu la dia tak dpt beza kan kerajaan dan umnooo.ini kali laaa.

Anonymous said...

memanglah cantik muka MB ganu ni sebab tak ada lagi org muka cam pinggan cuma dia sorang..

Anonymous said...

Dgr citer sultan mizan x iktiraf kemenangan bn dgn cara penipuan..btl ke cite ni

Anonymous said...

woitt.. dh dpt mandat tubuh kerajaan buatlah kerja betol2. jujur dan amanah. kitorg pun byr cukai jugak... bodohhhh punya mb..!

Manjalara (Azman Jalaludin) said...

Sebenarnya MB Terengganu kena ingat . Tak semua DUN BN suka akan tindakan sebegitu. Dan dalam pada itu ada juga yang tak puas hati dengan beliau. Andainya hanya 2 orang DUN BN yang berpaling tadah dan menyokong PR, Terengganu akan bertukar pemerintah kerana BN menang 17 kerusi dan PR menang 15 kerusi. Kalau PR ni main duit.. awal lagi dah bungkus Bn nih

Anonymous said...

Astaghfirullah....kejam dan "vindictive" betul mb ni.....sapa yg ajar dia beza2kan kawasan kalau tak kepala taik anak kutty dulu....dia ingat Ganu ni BAPAK dia punya?....

Anonymous said...

Hodohnya perangai pemimpin umno.

NoBlog said...

Terengganu dengan Perak perlu 2 kerusi je....Cari je salah laku atau kes jenayah DUN2 BN tu....Tak kan la semua adun2 tu bersih....Pakat buat repot polis repot sprm ramai....biar sampai kes masuk mahkamah....biar menggelupur sikit BN dekat negeri2 tu....sikit sangat 2 kerusi tu....mana tau boleh ada pengundian semula di 2 kerusi....

Anonymous said...

dia memang suka mengarut....kalau x mahu buat pembangunan jangan mnta orang kawasan tu bayar cukai....perangai samseng x habis2...

Anonymous said...

Hasil mahsul yang diperolehi termasuk minyak adalah untuk seluruh rakyat terengganu. Semua rakyat Terengganu sama ada di kawasan yang BN kalah membayar cukai termasuk GST (6%). Kalau mcm tu perlu diagihkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang supaya mereka dapat memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat di kawasannya tanpa mengira fahaman politik. Kalau tidak dimana keadilan yang dinyatakan dalam aku janji BN yg akan dituntut oleh rakyat sehingga ke Akhirat nanti....

Anonymous said...

Bagus jugak idea mat said tu. Cukai kawasan pakatan rakyat mat said tak bleh kutip. Semua royalti petroleum dikawasan luar pesisir kawasan pakatan rakyat juga mesti dipulangkan kepada pakatan rakyat. Baru lah adil. Memang betul bodoh sungguh menteri besar trengganu kea tu? Macam mana boleh pilih orang bodoh jadi pemimpin negeri ni? Betul kea pilihan sultan mizan ni?

Anonymous said...

Apa punya bengong la statement mcm ni. Tak layak jadi MB kalau ada sifat mcm ni. Mcm la projek kerajaan tu dr duit poket dia sendiri. Kalau la dia kutip duit cukai dr penyokong UMNO aje x pelah jugak. Ini duit rakyat dia sapu semua.

Anonymous said...

Rakyat tganu yg diketepikan mat said perlu byr segala cukai kpd wakil rakyat bkn kpd krajaan tganu kalu mcm tu gak mat said kan.

Anonymous said...

Naya penyokong BN di kawasan yg kalah...Mat Said dah jatuh hukum. Baik korang pindah g kawasan yg BN menang.... atau lebih baik korang sokong PR jer...nasib badanlah dapat MB taraf pemikiran tahap budak lulusan PMR...huhuhu

Anonymous said...

meluat aku dgn pemimpin UMNOOO nie

Anonymous said...

Hello!! We are all the taxpayers, bukan orang undi UMNO sahaja.

Anonymous said...

Ingatlah..doa orang yang dizalimi makbul..dia zalim dengan tidak memberi hak kepada yang sepatutnya..insyaAllah, Allah akan tarik balik kekuasaan beliau..astaghfirullah..

Anonymous said...

padan muka pengundi amnu di kawasan bn kalah... hahah... derang pun kena musibah jugak... ekekek...

err.... tuanku al-sultan tak nak kata apa-apa ke?

Anonymous said...

Bangang punya orang. Memang tak salah kalau kita cakap mamat ini berotak telur puyuh! Kalau macam inilah kualiti dan kredibiliti orang yang dilantik sebagai pemimpin, maka tak salahlah kalau kita capkan mereka ini sebagai tolol!
Mamat bengai ini ingat negeri terenganu ini bapa dia punya ke? Boleh buat sesuka hati? Woi mangkuk tandas, ingatlah gaji engko ini dibayar oleh semua rakyat terenganu tak kira dari pas, bn, atau sapa dan semuanya membayar cukai.
Ingat la mangkuk tandas awam, bn cuma menang 2 kerusi aje lebih dan jangan lupe!

Anonymous said...

mohon maaf yea, muka pemimpin MB UMNO memang sehodoh dengan otak bahalolnya. harapkan undi bangla yang tak bayar cukai, tak cukup nak bayar gaji MB nih. lembu kalau sudah bodoh boleh di aqiqah tapi kalau MB dah bodoh tahap khinzir, aqiqah pun dah tak leh.

Anonymous said...

harap tuanku sultan mizan membela rakyat terengganu di bawah naungannya, seperti sultan kelantan v, aminnn

mamat lebong said...

Guana gamok kalu 3 adun BN ganu pindoh kat PR biar padang muka mat saed ni....tok ingat asal kapung gok mu ni. Jagang nok tunjok bering telajok gok mu ni awang weh

Anonymous said...

Sokong 100%.

Anonymous said...

babarian

Anonymous said...

Piiirrraaaah, Buat rumah mampu milik di kawasan mana pun orang umno jugak yang dapat. Tak buat di kawasan DUN BN kalah lagi bagus, biar sama-sama melopong. Selama ni pun apa juga kemudahan bukan senang penyokong pembangkang nak dapat. Buatlah nak buat apa pun, duit turun dari langit jatuh atas bumbung rumah MB. Orang lain tak boleh kacau.

Anonymous said...

Tuanku sultan Terengganu merupa kn sultan ke 2 yg sy kagumi selepas sultan Kelantan. Tp kalo dpt pentadbir mcm ni.. alangkah malang nya tuanku Sultan apetah lg rakyat jelata.
Berdiri atas kad parti bukan amanah negeri.

Anonymous said...

ada mb sekor bodoh mcm lembu...kau ingat teganu ni hok mok bapok kau punya..kalu cukai tu org umno saja yg bayar...patut la jgk...ni harta rakyat la bodoh...takkan kau nk kedarahpuak puak mu aje...nnti perut tu penuh dgn isi benda haram ...mu ni tau doa pahla dok bengong..

org islam said...

kalau tak nak tolong diaggap rasis.. korang tak undi dia buat apa dia nak keje untuk korang... open lah akal tu sikit.. kalau dia tak nak buat tak boleh salah kan dia. suruh ahli kawasan tu buat...

Anonymous said...

azman... sudah lah tak mahu nak fitnah org politik wang.. so PR menang 14 tu pakai duit juga lah? and nak ckp kerajaan T amik duit cukai.. berapa aje satu kampung cukai dia? nak buat rumah satu sebulan pun tak cukup jadi tak mahu ckp GST,Cukai atau lain2.

Anonymous said...

muka macam takat UPSR jek...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment