Wednesday, June 26, 2013

RG2011... Fw: LAYAK KE LAGI MENJADI KPN ?

 



 

SEKADAR BERTANYA... LAYAK KE LAGI MENJADI KPN SELEPAS MAHKAMAH PUTUSKAN BELIAU BERTANGGUNGJAWAP BEB ?

malaysiaberih.blogspot.
 
Gua TAK TUDUH beb yang kata Bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sekarang ini adalah Ketua Polis Negara (KPN) adalah MAHKAMAH beb... jadi jangan lah lu orang kata gua buat FITNAH kepada KPN tu ok... cuma gua sekadar BERTANYA dalam SITUASI sekarang APAKAH LAYAK beliau MENJAWAT JAWATAN KPN... sebab JELAS dan TERANG dari apa yang DIPUTUSKAN oleh MAHKAMAH bahawa beliau sebagai Bekas Ketua Polis Selangor BETANGGUNGJAWAB terhadap KEMATIAN TAHANAN A.Kugan ketika itu.

BERTANGGUNJAWAB nya beliau bukan setakat CUAI dan LALAI terhadap Anggota beliau semasa MENYOAL SIASAT TAHANAN... tetapi seperti yang dikatakan oleh MAHKAMAH bahawa kalau tidak kerana Peguam N. Surendran yang MEMBAWA KES tersebut serta MEMBANTU bagi BEDAH SIASAT KEDUA dilakukan maka "PERKARA ITU TELAH DISAPU DIBAWAH KARPET"... apa makna nya beb... makna beliau bukan setakat TAK BERTANGGUNGJAWAB malah cuba pulak MENUTUPI KES tersebut bagi MELINDUNGI ANAK BUAH beliau... kah kah kah !.

Itu yang dikatakan oleh MAHKAMAH seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Insider jadi kalau ada yang suruh KPN SAMAN gua baik suruh beliau SAMAN dulu Malaysia Insider tu beb... itu yang di LAPORKAN dan itu yang gua ULAS... kerana itu juga lah PERSOALAN apakah MASIH LAYAK KPN tersebut KEKAL pada JAWATAN beliau yang sedia ada sekarang ini... sebab nya kat Malaysia ada KEGANJILAN dan LAIN dari yang LAIN sikit... ialah SAMSENG MEMUKUL ORANG pun masih boleh menjadi Menteri beb... bukan setakat jadi Menteri malahan DIDAKWA pun tidak... kah kah kah !.

Yang gua BERTAMBAH PELIK kenapa KPN yang ada sekarang ini DILANTIK menjadi KPN sedangkan beliau DIKIRA MASIH DALAM KES... ya mungkin akan ada yang kata PROSES KEADILAN MASIH ADA... dimana beliau masih lagi boleh MERAYU akan apa yang DIPUTUSKAN oleh MAHKAMAH pada hari ini... memang betul PROSES KEADILAN MASIH ADA tetapi tidak ke JANGGAL bila seorang yang MENDUDUKI TAHAP TERTINGGI dalam Pasukan Polis DIPUTUSKAN BETANGGUNGJAWAB terhadap KEMATIAN TAHANAN.

Kalau ya pun HENDAK SANGAT beliau menjadi KPN biarlah KES yang berkaitan dengan beliau SELESAI dulu beb... tak kan BUNTU sangat FIKIRAN bagaimana untuk JAWATAN KPN tersebut DIDUDUKI oleh beliau beb... kenapa TAK TUNGGU sehingga KES berkaitan beliau SELESAI terlebih dahulu... sekarang siapa yang SUSAH dan MALU beb... gua tak tahu lah kalau yang TERLIBAT tak punya RASA MALU... seperti gua katakan tadi  kat Malaysia ni banyak sangat KEGANJILAN beb... TERUTAMA nya berkaitan MALU... kah kah kah !.

hemmmmm..... ini semua adalah kerja gila pemimpin umno beb... gua rasa lagi lama umno memerintah entah apa lagi lah kerja gila yang dia orang akan buat... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
 
 
armal berkata...

Salam Mat Indera

Gua ni peminat blog lu. Cuma nak bagi tau tulisan dan warna latar belakang blog lu tak berapa nak kena. Susah nak baca. Boleh tak lu ambil tindakan. Maaf dan tenkiu....

Tanpa Nama berkata...

dah ada kes gini.. letak jawatan la dulu.. gantung tugas ke.. baru lah macam negara maju Jepun nu..

Mat Indera Sipejuang berkata...

Salam bro ISA...
No hal punya ... nanti gua tukar... terima kasih dengan teguran lu... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Hanya diMsia shj layak. Apa ada hal,ada sorang pembunuh tu jadi PM pulak. Dinegara lain belum pun sempat mahkamah jatuhkan hukuman siang2 letak jawatan sebab pandai jaga airmuka. Kat Msia ni pemimpin semuanya jenis muka mangkuk tandas yg tak kenal erti malu dan maruah..

 
 

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan

malaysiaberih.blogspot.
 
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar  dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan."Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.  Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. – 26 Jun, 2013.TMI

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment