Pernah kita terfikir bagaimana cara kita akan mati? Bilakah agaknya kita akan mati? Adakah kita akan hidup sehingga tua. Mati hanya setelah mengalami penyakit-penyakit kronik? Kemalangan jalan raya yang membawa maut? Selalunya keyakinan diri mengatakan kita akan hidup lama kerana itulah kehidupan. Mungkin tidaklah terlalu lama, tetapi untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya hingga angka 40 ke atas.
Pernahkah kita terfikir? Kita bekerja di sebuah kilang ataupun pejabat. Kita sering terdengar kebakaran berlaku di mana-mana. Tetapi dalam hati kita, agak sukar ianya berlaku di kawsan atau rumah kita. Kita memikirkan bahawa kemungkinan untuk berlakunya kebakaran di kawasan kita adalah hampir sifar kemungkinannya. Tetapi, itu tidak mustahil. Kalau dah ajal, apa sahaja boleh berlaku. Kemalangan maut di tempat kerja.
Kawan saya baru-baru ini telah meninggal dalam kebenaran. Allahyarham telah terperangkap ketika ingin melarikan diri daripada kebakaran yang berlaku di kilang. Saya nyata terkejut mendapat berita daripada kawan yang lain. Dalam banyak pekerja, hanya seorang sahaja yang terkorban. Beliau yang seorang itu. Baru sahaja berkahwin.
Pernah kita terfikir kita akan mati dalam perjalanan tempat kerja. Mati dilanggar sesuatu yang lebih besar.Contohnya seperti lori ataupun kereta yang tidak sengaja melanggar kereta. Kita menyangka tidak ada apa-apa pada hari tersebut. Tetapi nyata sebaliknya. Kita telah disambut olehNya.
Semuanya tidak mustahil. Kematian sepupu terdekat saya baru-baru ini telah mengejut saya. Pada usia yang cukup muda, iaitu 22 tahun telah dipanggil Allah SWT. Berlakunya di Putrajaya ketika ingin menghadiri kelas ketika menaiki motor. Takdirnya, beliau telah terlanggar pembahagi jalan lalu terjatuh. Ditambah pula, ketika itu ada sebuah lori di belakangnya. Pernah kita terfikir?
Argh, itu motor. Aku naik kereta. Lagilah sukar.Tetap benarkah?
2 kematian terdekat ini membuat saya terfikir dan ingin berkongsi:
-Bagaimana cara kita akan mati? Tua, penyakit, kemalangan, kebakaran? Tetapi persoalan utamanya adakah kita bersedia? Menjadi kebiasaan kita tahu kemungkinannya mungkin sedikit untuk yang muda, tetapi bagaimana jika kita orang tersebut. Adakah kita sudah bersedia. Adakah terdapatnya bekalan yang dapat dibawa?
Memang kita akan kata, InsyaAllah adanya bekalan. Tetapi betulkah kita telah benar-benar sedia? Adakah persediaan kita ketika tua iaitu jika diizin hidup lebih lama lebih banyak berbanding tika ini? Jika benar, maksudnya kita masih berada dalam perspektif kita akan hidup lama.
Takziah kepada kawan dan sepupu saya. Semoga tenang di sana. Semoga artikel ini menjadi pengajaran untuk kita bersama.
Perkongsian cerita dari Saiful Izzuan.
Salam Inspirasi..
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment