Saturday, June 29, 2013

RG2011... Kepentingan Berselawat Ke Atas Nabi

 


Berikut ini pula ialah catatan isi-isi kuliah Ustaz Mutalib Maarof tentang 'Kelebihan Hari Jumaat' di Masjid Abu Bakar as-Siddiq, Bakar Arang pada 13 Febuari 2013.

Antara isi-isi kuliah yang sempat saya catat :
  • Sunat membanyakkan selawat pada hari jumaat. Bukan bermakna hari lain tak payah selawat, hari2 lain kena selawat jugak tapi hari jumaat kita berselawat lebih lagi.

  • Kita selawat bermusim. Bila mai maulid nabi baru kita kalut selawat tapi hari biasa malas selawat.

  • Berselawatlah boleh tang mana pun, masa naik keta atau dok atas motor jgn lps peluang selawat kat nabi saw.

  • Time jalan jem itulah paling sesuai selawat tapi kita tak amek peluang tu. Time tu kita lebih suka dgr lagu atau maki orang sambil bunyi hon.

  • Nabi saw bersabda barangsiapa yg berselawat kepadaku 80 kali pada hari jumaat, Allah akan ampunkan dosanya selama 80 tahun(hadith terdapat dlm kitab sairus salikin)

  • Nabi bersabda barangsiapa yg berselawat kepadaku pada hari jumaat 100 kali nescaya datang dia pada hari kiamat besertanya nur. Jika dibagi nur itu kpd semua manusia nescaya luas lagi nurnya. (boleh rujuk kitab)

  • Orang yg selawat hati tenang dan murah rezeki.

  • Muka orang yg rajin berselawat tak sama dgn muka orang yg malas berselawat.

  • Luangkan masa untuk berselawat. Allah bagi 24 jam sehari takkan tak boleh amek masa sikit selawat kat nabi?

  • Hati manusia Allah bagi jadi satu ja. Jadi jangan buat dua kerja dlm satu masa.

  • Nabi jugak bersabda manusia yg terlebih aula mendapat syafaatku dari kalangan umatku pada hari kiamat adalah yg paling banyak berselawat kpdku. (rujuk kitab)

  • Nabi kenal umatnya yg banyak berselawat.

Sekian untuk kali ini. Bersambung lagi di masa akan datang insyaAllah…


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment