Apabila kanak-kanak beli tuala wanita...
GAMBAR HIASAN |
CUTI hujung minggu lalu, saya bawa anak-anak ke Kuala Selangor. Sudah agak lama tidak ke bandar yang kini semakin popular dengan cendol Bakar itu.
Tidak. Saya bukan silap tulis 'B' dengan huruf besar pada nama kedai cendol itu. Sebab, memang pun nama taukenya Bakar.. Oleh kerana namanya Bakar, maka jenamanya Cendol Bakar. Begitu saya difahamkan. Silap sendirilah jika anda ke Kuala Selangor untuk cari cendol bakar.
Iyalah kalau sudah macam-macam nama diberi pada makanan, minuman kita, disebut cendol Bakar pun orang sangka cendol bakar. Burger bakar, air kelapa bakar adalah. Cendol bakar tidak ada, yang ada cendol Bakar!
Saya ke Kuala Selangor hari itu selain untuk pekena cendol Bakar, menziarah lotong di Bukit Malawati, juga kerana di sana berlangsung wacana anjuran bersama PKNS dan Sinar Harian yang turut membariskan bos saya, Datuk A Jalil Ali sebagai panelis. Kena hadirlah, KPI!
Usai wacana, saya bawa anak isteri panjat Bukit Malawati. Kali terakhir naik Bukit Malawati sebelum ini, semasa anak dua. Sekarang sudah empat tetapi saya bawa dua sahaja supaya tidak terlalu terasa akan peningkatan usia sendiri.
Di puncak Bukit Malawati, ada banyak lotong. Kalau tak tahu apa itu lotong, mereka (?) adalah spesies monyet berekor panjang, bulunya agak kehitaman berbanding kera yang kelabu keperangan. Ekor lotong lebih panjang daripada ekor kera.
Penjual kacang panjang (untuk dibeli pengunjung dan diberi kepada lotong) berhampiran rumah api Bukit Malawati beritahu saya, lotong lebih baik (jinak) daripada kera.
"Itu kera cukup jahat, selalu kacau orang. Yang hitam ini (lotong) sangat baik, diorang mau kacang saja, tak kacau orang, jangan takut sama diorang," kata lelaki India itu.
Dalam asyik memerhatikan gelagat lotong-lotong itu, anak bongsu saya, Aliff Zafran yang berusia empat tahun bertanya kepada emaknya, apa yang dibuat dua haiwan itu tatkala melihat mereka (?) hampir berpelukan dan begitu mesra membelai satu sama lain. Dijawab isteri saya bahawa lotong itu bantu membantu mencari kutu.
Memang betullah! Dua lotong itu cari kutu, bukan buat kerja lain!
Aliff kemudian bertanya lagi: "Mak, kakak dengan abang tu pun cari kutu jugak ke?" sambil menunjuk ke arah sepasang teruna dara tidak jauh dari kami yang juga sedang mempersembahkan aksi lebih kurang sama.
Terkedu terus saya dan isteri. Kalaulah kata-kata anak saya itu didengar orang lain ...
Kanak-kanak macam itulah, pemikiran mereka masih lurus. Apa yang mereka dengar, itulah yang mereka faham dan itulah juga yang mereka akan sebut semula apabila tiba situasinya.
Kadang kala pemahaman mereka yang disebut semula itu boleh buat kita sebagai ibu bapa jadi cemas. Sebabnya bimbang kata-kata mereka yang lugu itu didengar orang dan disalah anggap kita pula yang ajar anak berkata begitu!
Apa yang disebut Aliff di puncak Bukit Malawati itu mengingatkan saya pada satu cerita - hal seorang budak lelaki yang ke kedai membeli tuala wanita.
Ditanya tuan kedai, untuk siapa dia beli tuala wanita itu, budak itu jawab: "Untuk adik saya!"
Terkejutlah tuan kedai lalu bertanya lagi: "Awak beli untuk adik awak buat apa? Budak kecik mana boleh pakai benda ni. Emak awak suruh beli pampers (lampin pakai buang) kut?"
Dibalas oleh kanak-kanak itu: "Bukan pakcik, memang saya nak beli yang ini. Sebenarnya adik saya tu tak tahu berenang, tak tahu tunggang basikal. Cuti sekolah ni, ayah janji nak bawak kami balik kampung. Saya teringin nak tunggang basikal, mandi sungai dengan adik. Kalau dia tak boleh sama-sama dengan dia, sedihlah saya!"
"Tengok iklan kat TV tadi, kakak dalam TV tu cakap, kalau pakai tuala jenis ni, kita boleh berenang, berbasikal dan hidup aktif seharian dengan penuh yakin. Tanpa rasa ragu-ragu..."
"Sebab itulah saya nak beli tuala ni, saya nak adik saya pakai. Mana tahu lepas pakai tuala ni, dia pandai berenang. Seronoklah kami bercuti di kampung nanti," katanya.
Itulah. Fikiran kanak-kanak biasanya straight forward, sesuai dengan fitrah mereka yang belum tercemar. Namun kita tidak boleh semberono memberikan mereka maklumat atas sesuatu persoalan yang dibangkitkan.
Menjawab soalan mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan tingkat kefahaman mereka, boleh menambah kekeliruan anak-anak. Apa lagi jika kita cuba menipu untuk mengelak mereka bertanya dengan lebih lanjut, yang mungkin boleh menyebabkan kita berasa sukar dan tersepit.
Apa pun, itulah comelnya anak-anak kita!
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment