Saturday, June 29, 2013

RG2011... Kerana Diriku Begitu Berharga

 


Seringkali kita menganggap bahawa diri kita ini lemah dan tidak sehebat orang lain. Tips motivasi diri hari ini akan bercakap mengenai hal ini.  Tidak kira dalam bidang apa pun kita menjangkakan kita tidak sehebat apa pun. Contohnya dalam bidang pembentangan, kita mungkin menganggap kita tidak pandai berbicara. Kita memberi alasan dan seterusnya memuji orang lain. Padahal jika kita ikhlas dan jujur kepada diri kita, sebenarnya kita sama sahaja hebat dengan yang dibandingkan.
Ataupun dalam bidang pekerjaan, kita merasakan banyak sahaja orang hebat. Ataupun dalam hal percintaan. Kita merasakan kita tidak secantik dan sehebat mana. Kita merasakan kita tidak sesuai dengan dirinya. Dirinya jauh lebih hebat dan berhak mendapat yang lebih baik.
Apabila kita melakukan perkara ini, sebenarnya kita sedang membunuh diri kita. Tanpa sedar ianya membunuh keyakinan diri kita. Pada peringkat permulaan, kita mungkin tidak apa. Tetapi percayalah ianya akan memakan diri untuk tempoh yang lama.
Di sini saya kongsikan video yang saya rasakan menarik. Walaupun sebuah iklan tetapi ianya begitu memberi kesan. Ianya tentang bagaimana kita mengambarkan rupa bentuk muka kita dan seterusnya dibandingkan dengan apa yang dikatakan oleh orang lain. Boleh klik link di atas untuk lihat.
Sebenarnya kita adalah 'cantik'. Berhentilah untuk membunuh diri kita. Semoga tips motivasi diri hari ini membantu.
 
Salam Inspirasi :-P

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment