Thursday, June 27, 2013

RG2011... HAK ISTERI KEDUA

 

SOAL JAWAB AGAMA: HAK ISTERI KEDUA

 

 

Soalan:

 

1. Saya ingin tahu apakah hak-hak isteri kedua dalam sebuah perkahwinan kerana suami dan madu mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak dan tidak boleh menuntut apa-apa dari perkahwinan saya.

 

2. Suami sering melebihkan isteri pertama sama ada dari segi pembahagian nafkah dan giliran bermalam,bolehkah saya membuat aduan diatas perkara ini ke pejabat kadi.

 

3. Suami menyewakan saya sebuah rumah begitu juga dengan isteri pertama namun untuk pemberian nafkah hanya pihak isteri pertama menerima dengan alasan anak-anak di sana lebih ramai. Manakala untuk saya hanya jika ada lebihan jika tidak saya tidak dapat?

 

*********************************************

 

Jawapan:

 

Berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan perundangan keluarga Islam yang dilaksanakan di Malaysia, semua wanita yang telah dinikahi secara sah mengikut Hukum Syarak mempunyai hak yang sama, tiada perbezaan samada yang kedua, ketiga atau keempat. Tidak menjadi kesalahan sekiranya berlaku ketidaksamaratan pemberian hak kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada sekiranya ada KEREDHAAN di sisi mereka. Sekiranya isteri tidak redha, maka dibenarkan untuk mengemukakan permohonan mendapat keadilan melalui proses perbicaraan di Mahkamah Syariah.

 

Konsep kesamarataan dan keadilan boleh diperolehi secara undang-undang di Mahkamah Syariah.

Hakim Syarie akan membantu pasangan di dalam perbicaraan tersebut.

 

 

 

 

ps: Jawapan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment