Bumbung Runtuh Di Kuarters Kerajaan Blok B, Presint 15 Putrajaya
Putrajaya: "Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat," kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.
Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.
Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.
"Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.
"Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. "Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini.
"Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh," katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. -HM
comments:
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To: zzxmelayucyber
Sent: Wednesday, June 26, 2013 12:22 AM
Subject: Fw: Bumbung Kuarters Kerajaan Putrajaya RUNTUH
JEREBU TERKINI | Bumbung Kuarters Kerajaan Blok B Presint 15 Putrajaya RUNTUH Di Badai RIBUT. TERGEMPAR!!!
Terkini dari perkarangan rumah Abe. Akibat kalut la jugak sikit, xsempat Abe nak snap banyak gambar. Gambar yg ada Abe letak ni pun Abe pinjam drp HP FizaFantagiro.
Seawal Jerebu melanda, xde pun tanda2 hujan akan turun. Tup2 td, ada petanda nak hujan sb langit gelap bangat (apa2an ngomong indon tetibe ni). So, memasing berdoalah moga2 hujan turun.
Nak dijadikan cerita, maka ptg td hujan pun turunlah... Dengan lebat yang teramat sangat. Awalnya, semua org bersyukurlah. Yerlah, at least dapat jugaklah redakan Jerebu. Tapi yang xdisangka sangka, tetiba je hujan turun dengan luarbiasa. Hujan batu gitu. Hasilnya, berlakulah seperti gambar2 ni. Mujurlah, xde orang yang ada disekitar. Tu yang mujurnya...
Published with Blogger-droid v2.0.10
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
Membazir wang negara serta menyusahkan rakyat. Arkitek, jurutera dan pengarah berkaitan perlu meletak jawatan dengan segera.
mesia darul runtuh? hanya gomen kamjat saja tak runtuh;)ABU jangan lupa !
Kontraktor mana yang kau upah ini?? Ini baru bumbung runtuh tak lama lagi bangunan kerajaan pula yang runtuh. Inilah hasil kerjanya kalau kroni yang tak bertauliah disuruhnya untuk buat bangunan kerajaan yang sepatutnya harga 10 juta tapi realitinya hanya 500 ribu sahaja.