Kisah palsu memalsu ni.
Camla kaum Cina India tu bagus sgtkan.
Sah2 idop diorg tentu2 x menipu x sah.
Podah!!
Stakat Ijazah tipu, PHD tipu tu biasa dah.
Apatah lagi Datuk, Datuk Seri, Datuk Seri Paduka bagai tu.
Ada ke cina dan India yg x pernah beli benda2 ni.
Caya x caya kalau org Melayu bergelar Islam tu menipu sah2 bala dibyr cash olehNya kan.
Lg pon org2 yg menipu ni yg suka selongakr kes2 tipu org len.
Ini suma poyo..
Bek jaga anak bini didik diorg spy dpt Ijazah yg betul + Datuk yg sepatutnya sudah x pon xyah datuk ijazah ni janji pandai bw diri imbang dunia akhirat sudah..
Poyolah DAP BN PAS PKR suma. Sok yg kaya bukan korg pon. Diorg ek. Ko hada!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 28 Jun 2013 00:37:07 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: MENTERI PUN IJAZAH PALSU?
PANAS!!! MENTERI PUN IJAZAH PALSU? KAH! KAH! KAH!
malaysiaberih.blogspot
biaqpila.blogspot
DAP dedah menteri dengan ijazah palsu, desak letak jawatan.
KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mendedahkan dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.
Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, kedua-dua mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.
Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen tadi, Dr. Ong berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan.
Beliau berkata Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).
"Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media," katanya.
Sementara itu, Ewon memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands.
Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat.
"Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan, dan piawaian," kata beliau.
"Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi," sinisnya.
Turut hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.
Zairil menambah, tindakan ini jelas menunjukkan pimpinan UMNO tidak berkelakuan jujur sehingga sanggup menipu dalam ijazah.
"Dengan ijazah palsu ini mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri.
"Jadi bolehkah kita mempercayai orang menipu ini dengan memikul tanggungjawab sebagai Menteri akan menjaga harta intelek yang diamanahkan dengan baik?," soalnya. – Roketkini.com
roketkini
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment