Saturday, June 29, 2013

RG2011... Jangan Guna Cermin!

 


Hari ini saya ingin berkongsi tentang tips pembentangan datang daripada buku 'World Class Speaking", di mana penulisnya adalah Craig Valentine. Tips pembentangan yang menarik dan lain daripada lain.
craig valentine
Selalunya tips yang dikongsi dalam memberi pembentangan adalah berlatih dengan menggunakan cermin. Cermin membantu kita melihat apa yang tidak kena pada diri kita ketika membentang. Kita dapat melihat pergerakan yang tidak enak, dan seterusnya membaikinya. Itu sebab yang diberikan dalam membantu pembentangan.
Tetapi bagi Craig, beliau kurang bersetuju. Beliau lebih suka berlatih dengan membayangkan peserta itu ada di depan mata. Menggunakan cermin menyebabkan kita tidak mendapat suasana demikian. Ianya hanya hambar dan tidak membolehkan kita membiasakan dengan bahasa badan pendengar.
Bila membentang, bahasa badan daripada pendengar amat penting. Daripada situ kita dapat menganggarkan apa yang perlu dilakukan. Contohnya seperti, apabila kita memerhatikan bahasa badan pendengar seperti tidak faham, mungkin kita dapat mengulang semula isi kita. Ini dapat dilakukan jika kita berlatih menggunakan imaginasi seolah-olah bercakap dengan pendengar.Kita biasa dan telah menyerap suasana demikian.
Semoga tips ini membantu dalam memberi nyawa kepada pembentangan anda. :-)
Salam Inspirasi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment